Namecheap

Terdapat 3 bahagian untuk setup ini:

  • Bahagian 1 : Dapatkan value untuk A record dan CNAME record

  • Bahagian 2 : Penetapan di Namecheap

  • Bahagian 3 : Penetapan di Commerce

**Peringatan : Pastikan domain anda sudah dibeli dan sudah boleh digunakan untuk setup. Jika anda membeli domain ".com", anda boleh terus ikut tutorial ini.

Jika domain Malaysia seperti ".my, .com.my, .net.my" anda perlu lakukan penetapan DNS records ini didalam akaun MYNIC anda yang tersendiri atau anda boleh hubungi pihak domain provider anda untuk lakukan penetapan tersebut.

Bahagian 1 : Nilai A record dan CNAME record

1. Anda boleh log masuk kedalam dashboard Commerce.

2. Klik pada Settings

3. Klik pada Custom domain

4. Klik pada Add existing domain

5. Nanti anda akan dapat lihat popup yang mempunyai value untuk A record dan CNAME record anda.

Penetapan CNAME di dalam domain provider.

1 : Jika nilai CNAME adalah shops.shoppegram.com, masukkan nilai itu pada ruangan CNAME record dalam domain provider anda.

2 : Jika nilai CNAME adalah @, masukkan nama domain anda didalam ruang CNAME dalam domain provider.

Anda perlu simpan Value untuk A record dan CNAME record tersebut untuk anda masukkan didalam DNS record domain anda didalam sistem domain provider nanti.

Bahagian 2 : Penetapan di Namecheap

1. Log masuk kedalam akaun Namecheap anda. 2. Klik pada Account -> daripada menu tersebut klik pada Dashboard

3. Klik pada Domain List dan klik pada butang Manage diruangan domain yang anda ingin membuat penetapan DNS record.

4. Klik pada Advanced DNS

5. Pada ruangan HOST RECORDS anda boleh klik pada butang ADD NEW RECORD

Penetapan A Record

  1. Seterusnya, anda boleh klik semula pada butang ADD NEW RECORD.

Penetapan CNAME Record

  1. Seterusnya anda boleh pilih CNAME Record . Anda boleh isikan maklumat seperti di bawah:

Perhatian : Pastikan penetapan anda hanya ada A record dan CNAME record, lain lain record seperti URL Redirect record boleh dipadam dari penetapan.

Paparan penetapan anda yang telah selesai adalah seperti dibawah :

Setelah domain anda sudah boleh digunakan baru anda boleh masukkan domain anda didalam penetapan di Commerce.

Setelah selesai anda boleh klik Save All Changes. Setelah itu anda boleh rujuk Tempoh Propagation.

Tempoh propagation

Anda hanya perlu tunggu dalam tempoh 48 jam untuk penetapan tersebut dapat dibaca dan domain anda boleh digunakan sebelum anda lakukan penetapan Custom domain di Shoppegram.

Tempoh paling cepat domain anda boleh digunakan ialah dalam 1 jam. Jika tidak, anda perlu tunggu dalam tempoh 48 jam hingga ke 72 jam tersebut.

Anda boleh semak status propagation domain anda melalui link yang telah kami berikan (https://www.whatsmydns.net/)

Info Tambahan

Bagi memastikan DNS anda telah dituju ke Commerce anda boleh Semak DNS anda Disini dan pastikan DNS yang terpapar ialah Nombor IP anda yang tersendiri

Bagi menyemak DNS anda:

  1. Anda boleh klik Link ini : Semak DNS anda Disini atau https://www.whatsmydns.net/

Pada dropdown A record, anda boleh masukkan nama domain anda tanpa perlu www.

  1. Merujuk gambar di bawah, untuk menyemak jika domain anda sudah di-propagate.

Anda boleh masukkan nama domain anda (beserta www jika anda ada membuat penetapan pada CNAME rekod di Domain Provider anda) ke dalam ruangan yang disediakan.

Bahagian 3 : Penetapan di Commerce

  1. Pada Dashboard Shoppegram, anda boleh tekan Settings (1) dan skrol ke bawah sehingga ke Custom Domain (2).

  1. Selepas itu, tekan Add Existing Domain.

  1. Masukkan nama domain tanpa www yang telah anda beli tadi.

  1. Apabila anda telah berjaya masukkan domain anda, paparan akan bertukar seperti di bawah :

**Perhatian : Jika tiada sebarang isu, team akan mengambil masa dalam 30-60 minit untuk mengaktifkan domain anda.

  1. Sekiranya Custom Domain anda telah sedia dan boleh digunakan, paparan contoh seperti berikut akan keluar.

Perkataan Connected dan SSL activated akan menjadi hijau jika segala tetapan yang telah dilakukan adalah betul.

Last updated