Chip

Bagi menggunakan Chip sila pastikan anda sudah cipta terlebih dahulu akaun Chip.

Anda perlu pastikan anda sudah:

  • Mempunyai SSM

  • Akaun bank semasa.

Urusan pengesahan akaun, caj dan wang transaksi adalah diuruskan sepenuhnya oleh pihak Chip.

Penetapan di Chip

Untuk lakukan integration payment gateway Chip dengan Shoppegram, anda perlu dapatkan Brand ID, Secret key. Jika anda masih belum mendaftar akaun Chip, anda boleh menggunakan link ini: https://onboarding.chip-in.asia/

Dapatkan Brand ID

  1. Log masuk dalam akaun Chip anda.

  1. Klik pada butang/teks Developers

  1. Klik pada butang/teks Brands

  1. Kemudian, anda boleh copy Brand ID anda seperti yang dalam paparan dibawah. Brand ID ini anda perlu simpan untuk penetapan di Shoppegram Commerce pula nanti.

Dapatkan Secret Key

  1. Dari halaman Developers, anda boleh klik pula pada butang/teks Keys.

  1. Kemudian, pastikan toggle View/Viewing test data tersebut dalam keadaan nyah aktif(berwarna kelabu).

  1. Seterusya, anda boleh klik pada butang New live key

  1. Kemudian, anda akan diminta untuk masukkan Key title pada ruangan yang telah disediakan. Key title ini bertindak sebagai rujukan untuk anda kenali key ini digunakan dimana nanti. Sebagai contoh kami masukkan Shoppegram dan setelah itu klik Create.

  1. Setelah anda cipta key tersebut, anda boleh klik semula pada key itu dan anda boleh klik pada butang/teks Copy. Anda perlu simpan key ini untuk lakukan penetapan di Shoppegram Commerce pula nanti.

Penetapan di Commerce

1. Log masuk ke dalam akaun Commerce anda.

2. Klik pada Settings

3. Klik pada Payment options

4. Jika anda belum aktifkan payment option untuk Chip. Klik butang Activate pada bahagian Alternative Payments untuk Chip. Jika anda sudah aktifkan payment option untuk Chip klik butang Edit.

5. Seterusnya akan keluar paparan seperti dibawah, anda boleh isi maklumat tersebut :

  • Display name at checkout : Masukkan nama payment yang anda inginkan (Contoh Chip)

  • Secret key : Masukkan Secret key yang anda sudah dapatkan di akaun Chip anda.

  • Brand ID : Masukkan Brand ID yang anda sudah dapatkan di akaun Chip anda.

6. Setelah selesai pastikan anda sudah klik Enable dan klik button Save.

Untuk makluman, toggle Test mode hanya digunakan oleh pihak Developer sahaja. Untuk pengguna Shoppegram Commerce, sila pastikan anda nyah aktifkan toggle tersebut.

Setelah Save anda boleh membuat percubaan pembelian pada website anda untuk lihat payment option Chip tersebut semasa checkout untuk penetapan yang anda baru tetapkan sebentar tadi.

Last updated