Menus

Menus adalah sebuah elemen penting untuk memudahkan pelawat-pelawat mendapatkan maklumat tentang website ecommerce dengan Commerce.

Secara asasnya Commerce sudah sediakan 2 jenis Menu yang ada di dalam setiap Themes iaitu:-

  • Menu.

Main Menu
  • Footer menu.

Footer Menu

Namun secara asas sekiranya pertama kali baru mendaftar, hanya Main Menu sahaja yang telah ditetapkan kepada pengguna.

Main Menu adalah menu yang berada di bahagian paling atas di dalam website. Rujuk gambar di bawah:

Theme Solaris

Theme Hartamas

Home, Products, Tentang Kami adalah merupakan Menu item yang berada di dalam Main Menu.

Footer Menu adalah menu yang berada di bahagian paling bawah di dalam website. Rujuk gambar di bawah:-

Theme Hartamas

Theme Solaris

New Arrival, Fast Selling adalah merupakan Menu Item yang berada di dalam Footer Menu.

Menu item adalah komponen yang akan dimasukkan ke dalam Main Menu atau Footer Menu untuk membolehkan link tersebut di klik dan navigasi ke destinasi yang telah ditetapkan.

Menu item boleh dinavigasi kepada Pages dan Categories anda. Ini bermaksud, apabila menu item tersebut di klik, ianya akan dibawa kepada pages atau categories yang telah ditetapkan.

Advance menu

Advance menu ini boleh digunakan untuk plan Standard dan ke-atas sahaja.

**Perhatian : untuk menu registration pelanggan, ianya hanya available untuk plan Premium dan ke-atas sahaja.

Anda boleh membawa pelanggan anda ke link Register/Login pada website anda dengan menggunakan link-link seperti ini.

Links

Penerangan

/account

Link ini akan membolehkan anda bawa pelanggan anda ke page account mereka. Disini ia membolehkan mereka untuk lihat order yang pernah dibuat oleh mereka.

/account/login

Link ini akan membolehkan anda bawa pelanggan ke page Login

/account/register

Link ini akan membolehkan anda bawa pelanggan ke page Register

/account/orders

Link ini akan membolehkan anda bawa pelanggan anda ke page orders mereka. Disini ia membolehkan mereka untuk lihat details order yang pernah dibuat oleh mereka sebelum ini.

/account/logout

Link ini membolehkan pelanggan anda untuk logout dari akaun mereka setelah mereka login pada website anda.

Last updated