Payhalal

Panduan penetapan payment gateway Payhalal

Pendaftaran akaun Payhalal

Klik di link ini https://payhalal.my/merchant-register untuk mula daftar akaun Payhalal anda.

Bagi proses pendaftaran akaun Payhalal anda perlu pastikan anda :

  • Mempunyai SSM

  • Akaun Bank semasa.

Urusan pengesahan akaun, caj dan wang transaksi adalah diuruskan sepenuhnya oleh pihak Payhalal.

Dapatkan kesemua key yang diperlukan dari akaun Payhalal

Untuk menghubungkan Payhalal dengan website Commerce, anda memerlukan beberapa key untuk proses pengesahan. Antara key yang diperlukan ialah App key dan Secret Key.

Untuk memulakan proses penetapan payment gateway Payhalal anda boleh ikut langkah penetapan ini :

1. Log masuk ke dalam akaun Payhalal anda.

2. Masukkan emel dan kata laluan yang digunakan semasa pendaftaran.

3. Kemudian, pada Dashboard Payhalal, anda akan lihat menu di bar sisi. Klik pada General.

4. Selepas itu, anda perlu pergi ke Developer Tools untuk Create App untuk mendapatkan App key dan Secret Key.

5. Selepas itu, anda boleh masukkan maklumat yang diminta.

  • App Name : Anda boleh masukkan sebagai contoh App Saya

  • Website : Ini adalah Optional (Tidak wajib untuk diisi)

Pada bahagian penetapan App seperti dibawah anda perlu pastikan anda menggunakan URL https://subdomain .myshoppegram.com website Shoppegram anda yang telah diberikan secara percuma oleh pihak Shoppegram sewaktu pendaftaran akaun Shoppegram tersebut.

Anda boleh dapati URL subdomain anda pada bahagian berikut: Dashboard Overview Shoppegram -> Settings -> Custom domain -> Subdomain

Sebagai contoh link subdomain yang anda akan gunakan nanti adalah seperti ini: https://hartamas.myshoppegram.com. Pastikan setiap ruang penetapan URL yang tersedia menggunakan link subdomain tersebut dan mengikut format yang diberikan. Anda boleh salin link di bawah dan letakkan di dalam App yang telah anda cipta.

6. Setelah anda selesai, klik Save changes.

7. Kemudian , anda akan dapat lihat beberapa maklumat penting antaranya adalah App Key dan Secret Key. Anda boleh tekan pada dua ikon di dalam kotak merah untuk lihat dan salin key tersebut untuk dimasukkan ke dalam penetapan di Shoppegram Commerce.

Penetapan di Commerce

Untuk proses penetapan payment gateway Payhalal di Commerce anda perlu aktifkan terlebih dahulu payment gateway tersebut dan masukkan kedua dua key tersebut kedalam setting payment gateway anda.

Untuk memulakan penetapan payment gateway tersebut, anda boleh ikut langkah penetapan ini.

1. Log masuk kedalam akaun Commerce anda.

2. Selepas itu, anda boleh pergi ke Settings dan memilih bahagian Payment Options.

3. Anda boleh tekan Activate / Edit pada jenis pembayaran Payhalal.

4. Selepas itu, anda dikehehendaki memasukkan nilai App Key dan juga Secret Key yang telah disalin daripada Payhalal.

Sekiranya anda ingin memulakan transaksi sebenar, diminta untuk anda mematikan toggle Test Mode itu.

Contoh di Website

Setelah selesai proses penetapan tersebut, anda boleh cuba membuat pembelian di website Commerce anda untuk melihat hasilnya.

  1. Anda boleh pilih pembayaran Payhalal sebagai medium pembayaran.

Tahniah penetapan bagi pembayaran Payhalal telah selesai dan berjaya!

Last updated