Namecheap

Untuk penetapan domain menggunakan Namecheap, anda perlu pastikan yang anda sudah mempunyai IP Address (A record) dari Pages.

Untuk dapatkan A Record dan CNAME Record, boleh rujuk tutorial pada link ini :

pageCustom Domain

Penetapan Custom Domain Namecheap

Jika anda tidak mempunyai ip address tersebut boleh rujuk kembali tutorial custom domain:

1. Setelah anda mempunyai value tersebut, anda boleh log masuk kedalam akaun Namecheap anda.

2. Klik pada account drop down menu dan pilih "Dashboard".

3. Klik "Domain List" dan klik butang "Manage" untuk domain yang anda ingin tetapkan.

4. Klik Advanced DNS

5. Cari Host Records dan klik "Add New Record".

Penetapan A Record

  1. Seterusnya, anda boleh klik semula pada butang ADD NEW RECORD.

    • Type : A

    • Host : @

    • Value : IP address

    • TTL : Automatik

Penetapan CNAME Record

  1. Seterusnya anda boleh pilih CNAME Record . Anda boleh isikan maklumat seperti di bawah:

    • Type : CNAME

    • Host : www

    • Value : @ atau nama domain yang anda beli

    • TTL : Automatik

Perhatian : Pastikan penetapan anda hanya ada A record dan CNAME record, lain lain record seperti URL Redirect record boleh dipadam dari penetapan.

Setelah domain anda sudah boleh digunakan baru anda boleh masukkan domain anda didalam penetapan di Commerce.

Setelah selesai anda boleh klik Save All Changes. Setelah itu anda boleh rujuk Tempoh Propagation.

Tempoh propagation

Anda hanya perlu tunggu dalam tempoh 48 jam untuk penetapan tersebut dapat dibaca dan domain anda boleh digunakan sebelum anda lakukan penetapan Custom domain di Shoppegram.

Tempoh paling cepat domain anda boleh digunakan ialah dalam 1 jam. Jika tidak, anda perlu tunggu dalam tempoh 48 jam hingga ke 72 jam tersebut.

Anda boleh semak status propagation domain anda melalui link yang telah kami berikan (https://www.whatsmydns.net/).

Info Tambahan

Bagi memastikan DNS anda telah dituju ke Commerce anda boleh Semak DNS anda Disini dan pastikan DNS yang terpapar ialah Nombor IP anda yang tersendiri

Bagi menyemak DNS anda:

  1. Anda boleh klik Link ini : Semak DNS anda Disini atau https://www.whatsmydns.net/

Pada dropdown A record, anda boleh masukkan nama domain anda tanpa perlu www.

  1. Merujuk gambar di bawah, untuk menyemak jika domain anda sudah di-propagate.

Anda boleh masukkan nama domain anda (beserta www jika anda ada membuat penetapan pada CNAME rekod di Domain Provider anda) ke dalam ruangan yang disediakan.

Last updated