Google Ads Conversion

Untuk penetapan integration Google Ads dengan akaun Pages, anda perlu dapatkan Google Ads ID beserta Leads label yang anda telah pilih(Untuk penetapan ini, kami akan gunakan Submit Lead Forms label).

Anda perlu pastikan anda sudah mempunyai akaun Google Ads anda yang tersendiri untuk anda mendapatkan key-key yang diperlukan tersebut.

Anda boleh rujuk link dibawah untuk langkah mendapatkan key-key yang diperlukan tersebut.

Pastikan juga anda sudah membuat penetapan Google Analytics untuk akaun Pages anda bagi membolehkan anda membuat penetapan Google Ads ini. Jika anda masih belum membuat penetapan Google Analytics untuk akaun anda, klik pada butang dibawah :

pageGoogle Analytics

Log masuk kedalam akaun Google Ads

1. Anda boleh log masuk kedalam akaun Google Ads anda terlebih dahulu untuk membuat penetapan ini. Anda boleh klik pada link ini untuk log masuk : https://ads.google.com/home/

2. Anda akan dapat lihat dashboard seperti ini setelah anda log masuk kedalam akaun Google Ads anda.

3. Jika paparan anda berbeza, anda boleh klik pada butang Switch view untuk pastikan paparan anda sama seperti langkah yang akan ditunjukkan ini.

Dapatkan Google Ads ID

1. Pada dashboard, anda boleh klik pada butang TOOLS & SETTINGS

2. Kemudian anda boleh pergi pada bahagian MEASUREMENT dan anda boleh klik pada Conversions

3. Seterusnya, anda boleh klik pada butang ikon + New conversion action (berwarna biru) untuk tambah conversion Actions yang baru pada akaun Google Ads anda

4. Kemudian anda boleh pilih kotak Website untuk track conversion action dari website anda

5. Seterusnya, anda akan diminta untuk masukkan URL website anda. Setelah anda masukkan URL website, anda boleh klik Scan

6. Anda boleh skroll kebawah untuk klik pada teks/butang + Add a conversion action manually

7. Pada tab Category, anda boleh pilih Category Leads yang anda ingin cipta terlebih dahulu. Untuk penetapan ini kami akan gunakan Category Submit lead form

8. Pada tab Conversion name, anda boleh masukkan nama Conversion yang anda inginkan untuk dijadikan sebagai rujukan anda.

9. Pada tab Value, anda boleh pilih cara pengukuran yang anda inginkan. Untuk penetapan ini kami telah gunakan cara pengukutan (Use same values for each conversion) untuk setiap leads yang masuk dan kami telah setkan value untuk setiap 1 leads ialah 1. Pastikan Currency yang anda gunakan untuk penetapan ini ialah dalam Malaysian Ringgit(MYR)

10. Untuk penetapan pada tab Count pula, kami telah pilih One seperti yang dicadangkan oleh sistem Google Ads.

11. Untuk penetapan lain, anda boleh biarkan default sahaja. Setelah selesai, anda boleh klik pada butang Done

12. Kemudian, anda boleh klik pada butang Save and continue

13. Pada halaman seterusnya, anda boleh dapatkan Google Ads ID anda pada kotak Copy and paste the Google tag on your website. Anda boleh rujuk paparan dibawah untuk lihat contoh Google Ads ID yang anda boleh dapatkan. Anda boleh simpan Google Ads ID tersebut untuk di masukkan pada penetapan Pages anda. Ini adalah contoh Google Ads ID : AW-012341234

Dapatkan Leads Label

Berdasarkan langkah penetapan diatas, anda juga boleh dapatkan Leads label anda didalam paparan yang sama.

1. Pada paparan yang sama, anda akan dapat lihat ruangan Put conversion event snippets on your website. Anda boleh klik pada butang/teks See event snippet untuk jenis Leads label yang anda sudah pilih sebelum ini.

2. Kemudian, anda akan dapat lihat Submit Lead Forms label berada pada ruangan send_to. Anda boleh simpan Submit Lead Forms label anda untuk di masukkan pada penetapan Pages anda. Ini adalah contoh Leads label: AW-312341234/AbCfCNvJmfsCEMXL7abC

3. Setelah anda dapatkan Leads label, anda boleh klik pada butang/teks Close

4. Setelah anda mendapatkan Google Ads ID dan Leads label, anda boleh klik pada butang Done

Penetapan di Pages

Setelah anda mendapatkan kesemua key-key yang anda perlukan tersebut, anda boleh menghubungkan Google Ads anda dengan akaun Pages dengan cara masukkan kesemua key-key tersebut didalam akaun Pages anda.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pada langkah penetapan dibawah :

1. Anda perlu log masuk kedalam akaun Pages

2. Klik pada projek yang anda ingin gunakan untuk penetapan Google Ads Conversion ini.

3. Seterusnya, anda boleh klik pada butang Settings

4. Di halaman Settings, anda perlu klik pada toggle Enable Google Ads Conversion Tracking(Pastikan toggle bewarna biru) terlebih dahulu untuk lihat ruangan Google Ads ID dan Lead label.

5. Setelah anda selesai masukkan kesemua key-key pada ruangan mereka yang tersendiri anda boleh klik pada butang Submit

Kini Google Ads Conversion sudah dihubungkan dengan halaman Pages anda.

Info Tambahan

Untuk setiap Conversion Action Label yang anda baru tambah anda perlu lakukan penetapan Troubleshoot untuk pastikan ianya dapat di trigger dari website anda. Anda boleh rujuk langkah penetapan dibawah untuk lihat contoh penetapan yang dimaksudkan.

1. Pada halaman Conversions dalam akaun Google Ads, anda boleh pergi semula ke ruangan label yang anda baru sahaja cipta tersebut dan klik pada butang/teks Troubleshooting untuk label tersebut.

2. Kemudian, anda boleh klik pada butang Continue

3. Seterusnya, anda akan dibawa ke halaman Google Tag Assistant. Anda perlu masukkan URL website yang anda sudah lakukan penetapan Google Ads Conversion bagi label ini.

4. Setelah selesai klik pada butang Connect

5. Kemudian, anda akan dibawa kehalaman website anda tersebut. Anda boleh lakukan test seperti biasa untuk trigger Conversion action yang anda sudah tetapkan. Pada penetapan ini kami akan submit form yang sudah berada pada halaman kami untuk trigger Conversion action tersebut.

6. Setelah ianya dapat ditrigger, anda boleh klik pada butang Finish

7. Kemudian anda akan dapat lihat halaman seperti pada paparan ini, anda boleh klik pada butang Close Tag Assistant jika penetapan anda tiada sebarang isu.

8. Akhir sekali, anda akan dapat lihat maklumat pada label anda sudah tiada lagi butang/teks Troubleshooting.

Last updated