Shoppegram
Search
K

Percentage

Untuk membuat penetapan diskaun kod promo Percentage, anda boleh ikut tutorial ini :
1. Login ke Dashboard Commerce anda.
2. Klik pada tab Marketing
3. Klik pada tab Discounts
4. Klik pada button Create discount
5. Nanti akan dibawa ke page dimana anda boleh isikan maklumat kod voucher anda.
Ruang
Penjelasan
Name
Anda boleh masukkan nama promo anda (Pelanggan tidak akan dapat lihat nama ini)
Discount Code
Anda boleh masukkan kod yang anda ingin pelanggan masukkan supaya mereka dapat menggunakan promo ini.
Discount type
Anda boleh tetapkan kepada Percentage
Discount value
Disini anda boleh tetapkan nilai diskaun untuk promosi anda.
Enable limit value
Toggle ini anda boleh gunakan jika anda ingin setkan maksimum harga diskaun yang akan ditolak daripada nilai Discount value anda
Applies to
Anda boleh pilih sama ada, anda ingin tetapkan untuk "All products", "Specific categories" atau "Specific products".
Minimum requirements
Disini anda ada 3 pilihan iaitu sama ada, anda tidak ingin setkan apa-apa requirement("None") untuk penggunaan diskaun kod ini atau anda ingin tetapkan requirement berdasarkan "Minimum purchase amount" atau "Minimum quantity of items".
Customer Eligibility
Disini anda boleh setkan sama ada, anda ingin diskaun kod tersebut hanya boleh digunakan untuk "Specific customer" atau untuk kesemua pelanggan anda "Everyone".
Active dates (+08:00)
Disini anda boleh tetapkan tarikh untuk diskaun kod ini boleh mula diguna pakai pada(Start Date) atau anda juga boleh tetapkan tarikh tamat penggunaan diskaun kod ini pada(Enable ends date)
Active
Pastikan anda biarkan button Active itu berada dalam keadaan aktif( Bewarna biru ) untuk pastikan fungsi diskaun kod anda aktif.
6. Setelah selesai anda boleh klik Save dan cuba menggunakan voucher tersebut diwebsite anda.