Paypal

Urusan pengesahan akaun, caj dan wang transaksi adalah diuruskan sepenuhnya oleh pihak Paypal.

Pendaftaran akaun Paypal

Klik di link ini https://www.paypal.com/my/webapps/mpp/account-selection untuk mula daftar akaun Paypal anda. Bagi proses pendaftaran akaun Paypal pastikan anda memilih sebagai Business Account.

Dapatkan kesemua key yang diperlukan dari akaun Paypal

Untuk menghubungkan Paypal dengan website Commerce, anda memerlukan beberapa key untuk proses pengesahan. Antara key yang diperlukan ialah Client ID dan Client Secret. Untuk memulakan proses penetapan payment gateway Paypal anda boleh ikuti langkah penetapan ini :

1. Log masuk ke akaun Paypal anda melalui link ini https://developer.paypal.com/developer/applications

2. Seterusnya pada bahagian dashboard Paypal, anda boleh klik pada tab LIVE

3. Seterusnya anda akan dapat lihat butang Create App anda disitu. Anda boleh klik pada butang tersebut.

4. Pada paparan ini, anda dikehendaki untuk memasukan nama App Name. Disarankan untuk memasukkan nama bisnes anda sendiri. Seterusnya, tekan butang Create App.

5. Seterusnya, setelah anda klik pada Create app satu paparan baru akan muncul. Pada paparan ini anda dikehendaki untuk membuat penetapan webhook.

6. Pada paparan ini anda diwajibkan untuk memasukkan nama URL https://subdomain.myshoppegram.com akaun Shoppegram anda yang telah diberikan secara percuma sewaktu pendaftaran akaun Shoppegram anda ke dalam ruangan Webhook URL.

Anda boleh dapati URL subdomain anda pada bahagian berikut: Dashboard Overview Shoppegram -> Settings -> Custom domain -> Subdomain

Sebagai contoh : https://nadzirulstore.myshoppegram.com/webhooks/payments/paypal_callback dan tick pada Checkout order approved

Penetapan di Commerce

Untuk proses penetapan payment gateway Paypal di Commerce anda perlu aktifkan terlebih dahulu payment gateway tersebut dan masukkan kedua-dua key tersebut kedalam setting payment gateway anda.

Untuk memulakan penetapan payment gateway tersebut, anda boleh ikut langkah penetapan ini.

1. Log masuk akaun Commerce anda.

2. Seterusnya anda boleh klik pada tab Settings

3. Anda akan dibawa ke halaman Settings dan anda boleh klik pada butang Payment options

4. Pada bahagian halaman Payment options, anda boleh klik butang Activate/Edit pada tab payment gateway Paypal.

5. Dengan menggunakan key yang diberikan pada Paypal Dashboard -> My App & Credentials -> LIVE -> Pilih App Name yang anda cipta. Copy Client ID dan Secret Key , masukkan pada ruang Paypal di Commerce. Tick pada butang toggle Enable dan klik butang Save.

Sekiranya anda ingin memulakan transaksi sebenar, diminta untuk anda mematikan toggle Test Mode itu.

Contoh di Website

Setelah selesai proses penetapan tersebut, anda boleh cuba membuat pembelian di website Commerce anda untuk melihat hasilnya.

Last updated