Conversion API

Tutorial konfigurasi Conversion API

Didalam Commerce anda boleh membuat penetapan Conversion API pada FB Pixel anda. Dengan Conversion API ini, data yang anda akan terima melalui FB Pixel anda akan lebih tepat.

**Perhatian : Untuk menggunakan fungsi Conversion API ini, ianya hanya terdapat pada plan Ultimate sahaja.

Dapatkan Access Token

Untuk penetapan Facebook Conversion API, anda hanya perlu masukkan sahaja token Conversion API pada platform Commerce. Sangat mudah!

  1. Pada bahagian pixels anda, pilih pixels yang anda ingin gunakan klik pada tab Open in Events Manager

2. Seterusnya , anda akan di bawa kepada satu laman baru. Pada laman ini klik pada tab Settings

3. Pada tab settings , tekan Get Started pada ruangan Set up Manually.

**Perhatian: Jika button tidak boleh ditekan pastikan email anda telah diset pada Ads Manager.*

4. Klik Continue

5. Tick pada event Purchase dan Initiate checkout. Setelah anda tick kedua-dua events tersebut anda boleh klik Continue

6. Pastikan penetapan event details untuk event Initiate Checkout anda adalah sama seperti gambar dibawah. Setelah anda pastikan ianya sama, anda boleh klik pada butang Continue

7. Seterusnya, untuk penetapan event details bagi event Purchase pula adalah seperti gambar dibawah. Setelah anda pastikan ianya sama, anda boleh klik Continue

8. Pada halaman ini, anda boleh pastikan ianya sama terpapar seperti pada paparan penetapan anda. Setelah anda pastikan ianya sama anda boleh klik Continue

9. Tekan Finish dan maka dengan itu penetapan anda telah selesai.

10. Seterusnya, anda boleh klik semula pada tab Settings

11. Dapatkan token untuk conversion API anda dengan menekan Generate access token. Anda perlu simpan access token ini untuk penetapan didalam Commerce.

Setup pada Commerce

Setelah anda mendapatkan access token Conversion API. Anda dikehendaki untuk memasukkan access token tersebut ke dalam akaun Commerce anda.

  1. Log masuk pada akaun Commerce.

2. Klik pada Online store -> Preferences. Masukkan access token anda pada ruangan Facebook Pixel Access Token dan klik butang Save

Lakukan Test event pada penetapan

1. Pada bahagian pixels anda, pilih pixels yang anda ingin gunakan klik pada tab Open in Events Manager

2. Seterusnya , anda akan di bawa kepada satu laman baru. Pada laman ini klik pada tab Test events

3. Pada ruangan tab Test server event anda boleh simpan Test event code anda dengan klik pada kotak test code anda.

4. Seterusnya, anda perlu masukkan code ini pada penetapan didalam Commerce. Anda perlu Log masuk semula kedalam akaun Commerce anda.

5. Klik pada Online store -> Preferences. Letakkan Test event code anda pada ruangan Facebook test_event_code dan klik butang Save

6. Seterusnya , anda perlu kembali kepada Test Events dan masukkan domain store anda pada Test browser events. Setelah selesai klik pada butang Open Website.

Setelah anda klik butang tersebut , anda akan dibawa ke halaman website anda. Anda boleh refresh terlebih dahulu untuk memastikan event page view dapat di-trigger pada penetapan test event anda. Jika ianya dapat ditrigger anda boleh meneruskan untuk proses trigger event yang lain.

Jika penetapan anda berjaya , pada test event anda akan menerima events Initiate checkout dan Purchase beserta maklumat deduplication yang datang dari Server.

**Setelah anda selesai membuat penetapan test event ini. Anda perlu delete facebook test event code pada penetapan Commerce anda.**

Last updated