Product Metafield

Metafield adalah secebis code yang mudah untuk menampilkan data yang boleh digunakan pada products dan juga pages. Perbincangan untuk Metafields adalah panjang, untuk tutorial ini adalah lebih kepada built in Metafield yang telah ditanamkan pada :

  • Theme Solaris

  • Theme Hartamas.

  • Theme Tampin.

Lihat contoh untuk built in Metafield untuk custom label.

Lihat label "Fast Selling" berwarna oren tersebut merepakan built in custom label yang boleh digunakan pada kedai online masing-masing.

Penetapan Product Metafield

  1. Log masuk ke dashboard Shoppegram dan klik pada Online store.

  1. Kemudian klik pada Metafields.

  1. Kemudian klik pada products.

  1. Pilih nama produk yang anda ingin paparkan custom label dan klik pada nama produk tersebut.

  1. Seterusnya klik butang Add Metafield

Tambah Metafield

  1. Isikan maklumat pada ruangan Key dan Namespace sama seperti gambar di bawah, iaitu :

    • Key : custom

    • Namespace : label

    • Value Type : String

    • Value : Baru Sampai atau mengikut kreativiti anda.

  2. Seterusnya klik butang Save.

Kembali pada store front anda dan lihat hasilnya pada homepage, sebuah label Baru Sampai akan terpapar pada produk yang anda telah tetapkan.

Custom label ini boleh digunakan untuk semua produk.

Maklumat Tambahan

  • Hanya satu label sahaja boleh diletakkan pada satu produk.

Perubahan Warna Label Produk Metafield

Untuk ubah warna label produk bagi Themes, boleh pergi :

Solaris: Dashboard Overview -> Online Stores -> Installed Themes -> Customize -> Homepage Settings ->Custom Label Color.

Hartamas : Dashboard Overview -> Online Stores -> Installed Themes -> Customize -> General Styling -> Label Color.

Tampin : Dashboard Overview -> Online Stores -> Installed Themes -> Customize -> Homepage Settings ->Custom Label Color.

**Perhatian : Jika perubahan tidak berlaku, anda boleh cuba dengan clear-kan cache browser anda dan restart browser anda.

Hasilnya adalah seperti dibawah :

Last updated