Main Menu

Tutorial cara membuat tetapan untuk Menus bagi memudahkan navigasi

Untuk membuat tetapan pada menu terdapat 2 langkah iaitu dengan menghubungkan Page / Category :

Tutorial bina page: Pages

Tutorial bina category: Categories

Bahagian 1 : Cipta Main Menu

  1. Log masuk ke dashboard dan pergi kepada Online Store -> Menus Paparan seperti di bawah akan keluar.

  1. Klik pada perkataan Main Menu. Paparan seperti di bawah akan keluar. Perhatikan terdapat tab untuk Menu dan juga tab untuk Menu Items.

**Perhatian: Pages atau Categories hanya perlu dimasukkan kepada Menu Items dan bukan pada Menu.

Bahagian 2 : Cipta Menu Items

Klik pada tab Menu Items. Pastikan paparan seperti di bawah ini akan keluar selepas klik pada Menu Items.

**Perhatian: Pages atau Categories hanya perlu dimasukkan kepada Menu Items dan bukan pada Menu.

  1. Seterusnya klik pada butang Add menu item. Pada ruang Title masukkan apa-apa nama yang melambangkan page anda. Pada ruang link masukkan handle sahaja. Contoh adalah seperti dibawah:

  • Pages : /pages/nama-page-anda

  • Categories : /categories/nama-category-anda

**Perhatian: Pastikan anda tidak meletakkan jarak antara / dan Nama page anda. Perkara sama juga untuk Categories.

Sebagai contoh:

  • /pages/<->nama-page-anda

  • /pages/nama-page-anda

Terdapat dua cara untuk dapatkan link mengikut interface builder anda:

  1. Pages: Pergi ke Online store -> Pages-> klik butang Edit pada Nama page dan copy URL.

  1. Pages: Pergi ke Online store -> Pages-> Edit -> More -> Settings -> SEO -> copy URL.

Categories: Pergi ke Products -> Categories -> klik Edit pada categories -> klik tab SEO copy URL.

  1. Paste kan URL tu pada ruangan Link. Contoh adalah seperti gambar di bawah.

**Perhatian: Sila pastikan ejaan pada Link menu items yang anda telah salin dari SEO Page dan SEO Categories adalah sama.

  1. Klik butang Add Kini anda boleh cuba lihat pada main menu akan terpapar satu menu yang baru diciptakan sebentar tadi iaitu menu Tentang Kami

Bahagian 3 : Dropdown Menu

1 : Dropdown Menu

Anda juga boleh lakukan fungsi Drag and Drop pada menu items anda. Anda hanya perlu ajukan pointer mouse ke ikon anak panah tersebut dan klik untuk DRAG and DROP.

Kemudian, anda akan dapat lihat paparan pada menu di laman web anda telah berubah.

2 : Pautan Tajuk Dropdown

Sekiranya anda mahu membuat Tajuk bagi Menu tanpa link yang spesifik, anda hanya perlu letakkan / pada ruangan Link (1). Selepas itu, anda boleh tekan butang Save (2).

Paparan bagi menu anda akan seperti dibawah :

Tier dropdown hanya boleh dicipta sehingga 3 Tier sahaja.

Last updated