Google Search Console

Untuk membenarkan website kita mendapat ranking di dalam enjin carian Google, website kita perlu di submit kepada Google supaya mereka tahu tentang kewujudan website kita.

Terdapat pelbagai cara untuk lakukan perkara ini antaranya ialah:-

  1. Menggunakan HTML tag

  2. Menggunakan Google Tag Manager

  3. Menggunakan Google Analytic

  4. Menggunakan DNS

Cara yang paling mudah dan pantas adalah dengan menggunakan HTML tag kerana hanya perlu masukkan code yang diberikan sahaja.

Pastikan anda log masuk ke Gmail akaun anda terlebih dahulu untuk menggunakan Search Console. Cara terbaik adalah menggunakan browser Google Chrome kerana semua telah automatik log masuk.

Cara 1: Menggunakan HTML tag

  1. Paparan akan keluar seperti di atas.

  2. Jika anda menggunakan domain sendiri masukkan nama domain anda di tab Domain

  3. Jika anda menggunakan subdomain dari Shoppegram contohnya kedaisaya.myshoppegram.com boleh masukkan pada sebelah kanan tab iaitu di bahagian URL prefix. Dalam contoh ini akan menggunakan URL prefix.

  4. Pastikan terdapat https:// dan diikuti dengan domain atau subdomain anda.

  1. Klik butang CONTINUE.

  1. Klik pada HTML tag

  1. Klik butang COPY. Jangan tutup Google Search Console ini. Buka tab baru untuk log masuk ke dashboard Commerce anda.

Penetapan code tersebut di Commerce

  1. Log masuk ke dashboard Commerce anda pergi pada Online Store dan klik pada Customize.

  1. Pada bahagian halaman tersebut , anda boleh pergi ke bahagian Other settings dan masukkan code yang anda baru dapatkan diruangan Custom meta. Seterusnya klik butang Save.

  1. Setelah selesai anda perlu pergi semula pada halaman Google Search Console sebentar tadi.

  1. Klik butang Verify

  1. Pastikan keluar paparan seperti gambar diatas menyatakan Ownership verified. Klik butang Done

Kini website anda telah berjaya di submit ke google Search console untuk mendapatkan ranking di enjin carian Google.

Semak Status Submission

  1. Klik pada perkataan Search property. Akan keluar paparan seperti dibawah :

  1. Klik pada nama domain yang telah anda submit tadi.

  2. Pada ruangan search bar di bahagian atas masukkan nama URL anda dengan https://

  3. Tekan butang ENTER pada keyboard anda

Penetapan Sitemap

Sitemap ini dapat memudahkan Google untuk crawl website anda bagi sebarang update terkini yang telah dibuat oleh anda pada pages/website anda.

Untuk penetapan anda boleh rujuk tutorial dibawah :

  1. Pada dashboard Google Search Console, anda boleh klik pada butang Sitemaps

  1. Seterusnya, anda bole masukkan link sitemap anda pada ruangan yang disediakan seperti dibawah.

  2. Anda hanya perlu masukkan text sitemap.xml pada ruangan yang telah disediakan. Setelah selesai anda boleh klik Submit

  1. Setelah selesai anda boleh refresh page tersebut dan pastikan status submission anda Success.

Last updated