Stripe

Bagi menggunakan Stripe sila pastikan anda sudah cipta terlebih dahulu akaun Stripe.

Urusan pengesahan akaun, caj dan wang transaksi adalah diuruskan sepenuhnya oleh pihak Stripe.

Dapatkan API key di Stripe

1. Pendaftaran akaun Stripe boleh dibuat di : https://dashboard.stripe.com/register

2. Untuk mendapatkan api key anda boleh mencarinya di dashboard atau klik sahaja link ini : https://dashboard.stripe.com/login?redirect=%2Faccount%2Fapikeys

3. Setelah anda mendapatkan Publishable key dan Secret key anda boleh simpankan key tersebut untuk penetapan di Commerce.

Penetapan Webhooks di Stripe

Terdapat 2 jenis webhooks yang anda perlu masukkan pada penetapan webhooks akaun Stripe anda, iaitu: 1. https://hartamas.myshoppegram.com/webhooks/payments/callback/checkouts/stripe 2. https://hartamas.myshoppegram.com/webhooks/payments/callback/typ_offer/stripe

Anda diwajibkan untuk menggantikan https://hartamas.myshoppegram.com tersebut dengan URL https://subdomain.myshoppegram.com website anda yang tersendiri yang telah diberikan secara percuma sewaktu pendaftaran akaun Shoppegram anda tersebut.

Anda boleh dapati URL subdomain anda pada bahagian berikut: Dashboard Overview Shoppegram -> Settings -> Custom domain -> Subdomain

Anda boleh rujuk contoh penetapan webhooks dibawah:

  1. Didalam dashboard Stripe tersebut, anda boleh klik pada bahagian Developers -> Webhooks. Anda juga boleh klik pada link ini terus: https://dashboard.stripe.com/webhooks

  1. Seterusnya, anda boleh klik pada Add an endpoint/Add endpoint

  1. Seterusnya, anda boleh masukkan salah satu URL webhooks store anda yang tersendiri pada bahagian Endpoint URL. Sebagai contoh disini, kami telah masukkan URL ini terlebih dahulu: https://hartamas.myshoppegram.com/webhooks/payments/callback/checkouts/stripe

  1. Kemudian, anda boleh klik pada butang Select events

  1. Setelah anda dapat lihat paparan pemilihan events, anda boleh cari events yang mempunyai nama Payment Intent dan anda boleh klik pada event tersebut.

  1. Kemudian, anda boleh tick Select all Payment Intent events terlebih dahulu.

  1. Seterusnya, anda boleh untick checkbox payment_intent.amount_capturable_updated dan payment_intent.partially_funded

  1. Setelah selesai, anda boleh klik pada butang Add events

  1. Setelah anda pastikan penetapan anda sudah betul, anda boleh klik pada butang Add endpoint

  1. Jika anda dibawa kehalaman ini, anda boleh klik sahaja semula pada butang Webhooks

  1. Nanti, anda akan dibawa semula ke halaman Webhooks dan anda boleh lihat penetapan endpoint yang anda baru lakukan sebelum ini. Seterusnya anda boleh ulang langkah diatas dan masukkan pula endpoint/webhooks URL yang kedua.

Setelah selesai, anda sepatutnya akan mempunyai 2 endpoint/webhooks URL seperti pada paparan dibawah:

Penetapan di Commerce

1. Log masuk ke akaun Commerce anda.

2. Klik pada Settings

3. Klik pada Payment options

4. Jika anda belum aktifkan payment option untuk Stripe. Klik butang Activate pada bahagian Alternative Payments untuk Stripe. Jika anda sudah aktifkan payment option untuk Stripe klik butang Edit.

5. Seterusnya akan keluar paparan seperti dibawah, anda boleh isi maklumat tersebut :

  • Display name at checkout : Masukkan nama payment yang anda inginkan ( Contoh Online Payment )

  • Publishable key : Masukkan Publishable key yang anda sudah dapatkan di akaun Stripe anda.

  • Secret key : Masukkan Secret key yang anda sudah dapatkan di akaun Stripe anda.

6. Setelah selesai pastikan anda sudah klik Enable dan klik button Save.

Sekiranya anda ingin memulakan transaksi sebenar, diminta untuk anda mematikan toggle Test Mode itu.

7. Setelah Save anda boleh membuat percubaan pembelian pada website anda untuk lihat payment option Stripe tersebut semasa checkout untuk penetapan yang anda baru tetapkan sebentar tadi.

Last updated