Shinjiru (Domain.my)

Tutorial penetapan bagi pembekal domain Shinjiru yang menggunakan domain .com.my

Terdapat 6 Bahagian yang diperlukan untuk penetapan domain .com.my

  • Bahagian 1 : Nilai A Record dan CNAME Record

  • Bahagian 2 : Beli Domain di Shinjiru

  • Bahagian 3 : Pengesahan Identiti

  • Bahagian 4 : Pendaftaran Cloudflare

  • Bahagian 5 : Penetapan Nameserver Cloudflare ke Mynic

  • Bahagian 6 : Penetapan pada Commerce

Bahagian 1 : Nilai A Record dan CNAME Record

  1. Untuk dapatkan nilai A dan CNAME Record dalam Commerce, anda hanya perlu pergi ke :

Dashboard Overview -> Settings -> Custom Domain -> Add Existing Domain.

Bahagian 2 : Beli Domain di Shinjiru

  1. Untuk pembelian domain Shinjiru, boleh pergi ke link : https://www.shinjiru.com.my/.

Bahagian 3 : Pengesahan Identiti

  1. Setelah lakukan pembelian domain, pihak Shinjiru akan menghantar satu emel kepada anda bertujuan untuk dapatkan pengesahan seperti gambar kad pengenalan (I.C).

Perhatian : Selepas anda membalas emel mereka, anda perlu tunggu dalam 1~2 hari untuk pengaktifan bagi pendaftaran nama domain MYNIC.

  1. Selepas pengaktifan telah berjaya dilakukan, anda akan menerima maklumat untuk log masuk ke akaun MYNIC anda.

  1. Selepas pengaktifan telah berjaya dilakukan, anda perlu log masuk kedalam https://selfcare.ichoose.my/login menggunakan maklumat yang telah diberi.

Bahagian 4 : Pendaftaran Cloudflare

  1. Untuk lakukan pendaftaran Cloudflare, boleh pergi ke link ini : https://www.cloudflare.com/ dan tekan butang Sign Up.

  1. Selepas itu, anda boleh masukkan Email Address dan Password, selepas itu tekan butang Sign Up. Setelah itu, anda boleh log masuk kedalam akaun Cloudflare anda.

  1. Selepas itu, anda tekan butang Add Site.

  1. Masukkan nama domain yang telah anda beli dan tekan butang Add Site.

  1. Selepas itu, anda perlu tekan pada nama domain anda pilih Free pada Plan seperti gambar dibawah.

  1. Selepas itu anda perlu lakukan penetapan DNS didalam Cloudflare. Anda hanya perlu tekan DNS pada sebelah kiri dan tekan pada bahagian Record.

1 : Penetapan A Record:

  1. Penetapan A record, anda boleh pilih dropdown A dan masukkan maklumat ada ruangan tersebut masukkan :

    • Type : A

    • Name : @

    • IPv4 Address : A Record atau (Nilai pada Bahagian 1)

    • Proxy Status : DNS Only (**Perhatian : Pastikan ikon awan berwarna kelabu)

    • TTL : Automatik / 1 Jam

    Setelah selesai, tekang butang Save.

2 : Penetapan CNAME Record:

  1. Penetapan CNAME Record, anda boleh pilih dropdown CNAME masukkan maklumat ada ruangan tersebut masukkan :

    • Type : CNAME

    • Name : www

    • Target : Nama domain anda beli atau (Nilai pada Bahagian 1)

    • Proxy Status : DNS Only (**Perhatian : Pastikan ikon awan berwarna kelabu)

    • TTL : Automatik / 1 Jam

    Setelah selesai, tekang butang Save.

  1. Setelah selesai membuat penetapan, paparan bagi DNS anda adalah seperti dibawah :

3 : Dapatkan Nameserver dari Cloudflare

  1. Pada halaman Overview anda, anda boleh skrol ke bawah sehingga ke bahagian Replace with Cloudflare's Nameserver. Salin kedua-dua nameserver untuk diletakkan didalam akaun MYNIC.

Bahagian 5 : Penetapan Nameserver Cloudflare ke Mynic

  1. Anda perlu log masuk kedalam https://selfcare.ichoose.my/login menggunakan maklumat yang telah diberi.

  1. Setelah itu, anda perlu tekan butang Manage.

  1. Kemudian, pergi ke Nameservers (1), tekan Edit(2) dan masukkan kedua-dua Nameserver(3) yang telah disalin dari Cloudflare. Anda perlu tekan butang Save untuk menyimpan penetapan yang telah dibuat.

Tempoh propagation

Anda hanya perlu tunggu dalam tempoh 48 jam untuk penetapan tersebut dapat dibaca dan domain anda boleh digunakan sebelum anda lakukan penetapan Custom domain di Shoppegram.

Tempoh paling cepat domain anda boleh digunakan ialah dalam 1 jam. Jika tidak, anda perlu tunggu dalam tempoh 48 jam hingga ke 72 jam tersebut.

Anda boleh semak status propagation domain anda melalui link yang telah kami berikan (https://www.whatsmydns.net/)

Info Tambahan

Bagi memastikan DNS anda telah dituju ke Commerce anda boleh Semak DNS anda Disini dan pastikan DNS yang terpapar ialah Nombor IP anda yang tersendiri

Bagi menyemak DNS anda:

  1. Anda boleh klik Link ini : Semak DNS anda Disini atau https://www.whatsmydns.net/

Pada dropdown A record, anda boleh masukkan nama domain anda tanpa perlu www.

  1. Merujuk gambar di bawah, untuk menyemak jika domain anda sudah di-propagate.

Anda boleh masukkan nama domain anda (beserta www jika anda ada membuat penetapan pada CNAME rekod di Domain Provider anda) ke dalam ruangan yang disediakan.

Bahagian 6 : Penetapan pada Commerce

  1. Pada Dashboard Shoppegram, anda boleh tekan Settings (1) dan skrol ke bawah sehingga ke Custom Domain (2).

  1. Selepas itu, tekan Add Existing Domain.

  1. Masukkan nama domain yang telah anda beli tadi.

  1. Apabila anda telah berjaya masukkan domain anda, paparan akan bertukar seperti di bawah :

**Perhatian : Jika tiada sebarang isu team akan mengambil masa dalam 30-60 minit untuk mengaktifkan domain anda.

  1. Sekiranya Custom Domain anda telah sedia dan boleh digunakan, paparan contoh seperti berikut akan keluar.

Perkataan Connected dan SSL activated akan menjadi hijau. Keadaan ini hanya akan berlaku jika segala tetapan yang telah dilakukan adalah betul.

Last updated