GoDaddy

Untuk penetapan domain menggunakan GoDaddy, anda perlu pastikan yang anda sudah mempunyai IP Address (A record) dari Pages.

Untuk dapatkan A Record dan CNAME Record, boleh rujuk tutorial pada link ini :

pageCustom Domain

Penetapan Custom Domain Godaddy

1. Log masuk kedalam Akaun Godaddy anda dan pergi pada halaman produk anda. 2. Pada ruangan Domain Manager, anda boleh klik pada domain yang anda ingin tetapkan penetapan DNS record tersebut. 3. Skroll kebawah pada ruangan Additional Settings dan Klik pada Manage DNS.

Penetapan A Record

  1. Pada halaman DNS Management, di bahagian Records anda boleh klik pada Add.

  2. Anda boleh pilih A daripada pilihan Type untuk ruangan menu tersebut.

  3. Anda boleh masukkan maklumat yang mereka minta untuk penetapan A record anda:

Penetapan CNAME Record

  1. Klik Add semula dan pilih CNAME dari pilihan Type.

  2. Anda boleh pilih CNAME daripada pilihan Type untuk ruangan menu tersebut.

  3. Anda boleh masukkan maklumat yang mereka minta untuk penetapan A record anda:

Paparan penetapan domain anda akan seperti dibawah.

Setelah selesai anda boleh klik Save. Setelah itu anda boleh rujuk Tempoh Propagation.

Tempoh propagation

Anda hanya perlu tunggu dalam tempoh 48 jam untuk penetapan tersebut dapat dibaca dan domain anda boleh digunakan sebelum anda lakukan penetapan Custom domain di Shoppegram.

Tempoh paling cepat domain anda boleh digunakan ialah dalam 1 jam. Jika tidak, anda perlu tunggu dalam tempoh 48 jam hingga ke 72 jam tersebut.

Anda boleh semak status propagation domain anda melalui link yang telah kami berikan (https://www.whatsmydns.net/)

Info Tambahan

Bagi memastikan DNS anda telah dituju ke Commerce anda boleh Semak DNS anda Disini dan pastikan DNS yang terpapar ialah Nombor IP anda yang tersendiri

Bagi menyemak DNS anda:

  1. Anda boleh klik Link ini : Semak DNS anda Disini atau https://www.whatsmydns.net/

Pada dropdown A record, anda boleh masukkan nama domain anda tanpa perlu www.

  1. Merujuk gambar di bawah, untuk menyemak jika domain anda sudah di-propagate

Anda boleh masukkan nama domain anda (beserta www jika anda ada membuat penetapan pada CNAME rekod di Domain Provider anda) ke dalam ruangan yang disediakan.

Last updated