Bizappay

Klik di link berikut untuk mendaftar Bizappay secara percuma https://www.bizappay.my

  • Pendaftaran akaun individu Bizappay tidak memerlukan SSM tetapi memerlukan akaun semasa.

  • Pendaftaran akaun syarikat memerlukan SSM.

  • Anda boleh menggunakan akaun peribadi dan terus membuat jualan serta merta.

Urusan pengesahan akaun, caj dan wang transaksi adalah diuruskan sepenuhnya oleh pihak Bizappay.

Selepas pendaftaran akaun Bizzappay pastikan anda sudah membuat pengesahan pada akaun anda untuk memastikan tiada isu semasa proses menggunakannya.

Mencipta Bizappay Category Code

1. Daftar dan log masuk ke akaun Bizappay anda dahulu. 2. Klik pada butang Category yang bewarna hijau.

3. Seterusnya klik butang New Category

Akan terbit satu Pop up untuk isikan maklumat 4. Isikan nama kategori produk anda pada ruangan Category Name. Ruangan ini adalah bebas, anda boleh juga letakkan nama brand anda sendiri. Pada ruangan Category Description masukkan sahaja sedikit maklumat mengenai produk yang anda jual. 5. Seterusnya klik butang Create.

6.Seterusnya pada bahagian Category Code anda akan lihat satu gabungan nombor dan huruf secara rawak. Simpan Category Code yang baru dicipta tersebut.

Masukkan Category Code di penetapan Commerce

1. Log masuk ke akaun Commerce -> Settings -> Payment Options -> Bizappay https://commerce.shoppegram.com/settings/payment 2. Masukkan kod yang telah anda simpan tadi pada ruangan Category Code

Mendapatkan Bizappay API key

1. Di dalam dashboard Bizappay anda klik pada butang Settings 2. Sekali lagi pada bahagian API Key anda akan lihat nombor dan huruf rawak dibawahnya. Simpan API key tersebut

Masukkan API key di penetapan Commerce

1. Log masuk semula ke dashboard Commerce -> Settings -> Payment Options -> Bizappay 2. Masukkan API Key yang telah di simpan tadi pada ruangan API key

Sekiranya anda ingin memulakan transaksi sebenar, diminta untuk anda mematikan toggle Test Mode itu.

*Pastikan pada kotak Enable Bizappay ditandakan 3. Seterusnya klik butang Save

Kini proses penetapan Bizappay anda telah pun selesai.

Maklumat Tambahan

Perhatian: Untuk mengelakkan sebarang ralat, sila MATIKAN SERVICE FEE RM1 pada platform Bizappay.

PLATFORM BIZAPPAY > SETTINGS > SERVICE FEE.

Last updated