Drafts

Didalam Commerce anda boleh masukkan order secara manual kedalam dashboard anda, jika ada pelanggan yang membuat pembelian tidak melalui website anda.

Untuk memudahkan proses draft order ini, anda juga boleh cipta akaun untuk pelanggan anda terlebih dahulu. Anda boleh klik pada link ini untuk penetapan akaun pelanggan anda.

1. Log in kedalam dashboard Commerce anda

2. Klik Orders

3. Klik Drafts

4. Klik Create order

5. Pilih tarikh anda ingin order tersebut dicipta.

6. Setelah anda selesai pilih tarikh, anda boleh klik Save

7. Anda boleh pilih produk sedia ada didalam webiste anda melalui tab Find products...

Jika produk ini tiada didalam website anda, anda boleh sahaja masukkan produk khas untuk order ini sahaja melalui butang/teks Add custom item

Setelah anda klik butang/teks tersebut anda akan nampak pop up seperti dibawah untuk anda isi maklumat produk anda.

TajukPenerangan

Name

Masukkan nama produk khas anda ini. Pastikan tidak melebihi 50 huruf.

Quantity

Anda boleh masukkan jumlah produk yang dibeli oleh pelanggan tersebut

Price

Anda boleh masukkan nilai harga untuk produk tersebut

8. Anda boleh pilih pelanggan sedia ada melalui tab Find or create customers

Sekiranya anda masih belum cipta akaun untuk pelanggan anda, pada dropdown tersebut anda boleh klik Create a new customer untuk cipta pelanggan anda.

9. Anda boleh masukkan nilai shipping untuk order ini jika ada pada ruangan Shipping

10. Jika anda ingin masukkan nota untuk order ini sebagai rujukan anda. Anda boleh sahaja masukkan nota anda didalam ruangan Add a note. Setelah selesai pastikan anda klik Save

11. Setelah selesai kesemua penetapan, anda boleh klik Mark as pending sekiranya pelanggan tersebut masih belum bayar untuk order ini atau anda boleh klik Mark as paid sekiranya pelannga tersebut sudah bayar untuk produk ini

Setelah selesai, anda akan dapat lihat draft order anda.

Sekiranya anda ingin proses shipping untuk order ini, anda perlu klik Edit pada bahagian Shipping address dan masukkan maklumat penghantaran pelanggan anda untuk order ini.

Last updated