Sendparcel

Penetapan ini mengandungi 3 bahagian iaitu:

Fungsi ini tersedia untuk plan Premium dan Ultimate.

  • Bahagian 1: Di platform Sendparcel

  • Bahagian 2: Di platform Commerce

  • Bahagian 3: Cara Fulfill Order

Bahagian 1: Penetapan Sendparcel

Pastikan anda sudah mempunyai akaun Sendparcel.

Klik sini untuk pendaftaran Sendparcel. Pendaftaran Sendparcel adalah percuma.

1. Log masuk ke akaun Sendparcel anda. Di panel sebelah kiri, klik pada Integration -> New Store.

2. Pilih Shoppegram sebagai Store dan masukkan nama store serta URL dan klik Next.

3. Salin API key dan API secret.

Bahagian 2: Penetapan di Commerce

  1. Log masuk ke Dashboad Commerce -> Settings -> Shipping Providers dan klik pada butang Activate Sendparcel.

  1. Klik butang Edit pada Sendparcel.

  1. Masukkan API KEY dan API SECRET yang telah di dapatkan dari website Sendparcel. Klik butang Save.

Tick pada Enable content untuk pastikan dibahagian AWB anda terdapat nama produk yang dibeli oleh pelanggan anda.

Kini Commerce anda telah siap di hubungkan dengan platform Sendparcel.

Pastikan akaun Sendparcel anda mempunyai kredit yang mencukupi untuk mula gunakannya.

Bahagian 3: Cara Fulfill Order

Tutorial penetapan pada bahagian untuk cara urus order bagi menjana Airway Bill di platform Sendparcel tanpa perlu log masuk dan hanya menggunakan platform Commerce sahaja.

  1. Log masuk ke Dashboard Commerce -> Orders.

  1. Pilih dan klik pada order yang hendak dibuat penghantaran menggunakan Sendparcel dan paparan akan keluar seperti dibawah. Klik butang Arrange Shipment.

  1. Klik butang Create Shipment.

  1. Klik untuk pilihan courier anda dan terus klik butang Submit.

  1. Pada order tersebut anda akan dapat lihat shipment yang telah tersedia. Order anda juga akan mendapat tracking number seperti gambar dibawah.

Method

  • Pickup - Pihak courier akan menghantar kenderaan untuk mengambil barang yang telah di pesan di alamat yang telah ditetapkan pada penetapan Location anda.

  • Dropoff - Anda sendiri akan pergi ke pejabat pos berhampiran dan hantarkan barang.

Ketika ini juga satu AWB (Airwaybill) terhadap order ini telah pun dijana secara automatik, anda hanya perlu cetak sahaja AWB ni dari platform Sendparcel.

  1. Kemaskini Tracking Number dengan klik pada butang Add tracking dan paparan seperti gambar di bawah akan keluar. Klik pada butang Save.

  1. Apabila butang Save ditekan, pelanggan anda akan mendapat email tentang nombor tracking mereka secara automatik dari sistem Commerce. Nombor tracking ini juga akan keluar di sebelah kanan tab Order selepas di simpan.

  1. Anda juga boleh lihat Orders list untuk memastikan bahawa order tersebut telah diletakkan tracking kepada order tersebut..

Ikon i untuk anda semak secara pantas tracking number order tersebut di dalam ruangan Fulfillment.

Last updated