Instagram Shop

Di Commerce anda boleh membuat tetapan untuk Instagram Shop business anda. Untuk memulakan membuat tetapan tersebut, terdapat 3 langkah penting iaitu :

  1. Pastikan akaun Instagram anda sudah dihubungkan pada akaun Business Manager anda

  2. Membuat tetapan Instagram Shop di akaun Business Manager

  3. Pengesahan domain anda untuk proses approve Instagram Shop anda

Langkah 1 : Hubungkan akaun Instagram dengan akaun Business Manager anda

a. Log masuk akaun Business Manager anda

b. Klik pada icon (titik segi empat) tersebut dan klik pada Business settings

c. Klik pada Instagram accounts

d. Klik pada Add Assets

e. Pilih akaun Business Manager anda dan klik Add

Setelah selesai anda boleh meneruskan untuk langkah seterusnya

Langkah 2 : Tetapan Instagram Shop

a. Pada halaman yang sama anda perlu klik semula pada icon (titik segi empat) tersebut dan klik pada Catalogue Manager/Commerce Manager

b. Klik pada butang Add Shop

c. Pada halaman Get Started anda boleh klik butang Next

d. Pada halaman Choose checkout method anda boleh pilih Checkout on another website dan klik Next

e. Pada halaman Choose sales channels anda perlu pilih pada page FB dan akaun Instagram anda yang sudah dihubungkan bersama akaun Business Manager anda sebentar tadi dan klik Next

f. Seterusnya, anda akan diminta untuk memasukkan Email company anda. Setelah selesai memasukkan butiran tersebut, anda boleh klik Submit

g. Pada halaman Add product anda boleh pilih Catalog yang anda sudah cipta sebelum ini dan klik Next

h. Pada page Preview anda boleh tick pada verification yang diminta dan klik Finish Setup

Selesai sudah penetapan Instagram Shop anda. Seterusnya, anda akan menerima 1 notifikasi dari IG untuk proses verify domain anda.(Notifikasi ini akan mengambil masa sedikit untuk anda menerimanya)

Langkah 3 : Pengesahan Domain

a. Seterunysa, anda akan menerima notifikasi seperti paparan dibawah.

b. Anda boleh klik notifikasi tersebut dan klik Get Email

b. Seterusnya, anda perlu semak Email anda dan buka Email yang sudah dihantar oleh pihak Instagram

c. Setelah anda buka email tersebut anda boleh klik Verify Website

d. Apabila anda klik butang tersebut, anda akan dibawa semula ke page akaun Business Manager anda.

e. Untuk proses verify anda boleh klik pada tab Meta-tag Verification

f. Seterusnya, anda, boleh simpan code yang telah diberi oleh mereka

g. Setelah anda simpan code tersebut anda perlu buka akaun Commerce anda

h. Pada dashboard Commerce, anda boleh klik pada Online store

i. Klik pada butang Customize

j. Anda perlu skrol kebawah untuk klik pada tab Other settings

k. Pada ruangan Custom meta anda boleh masukkan code yang anda baru copy sebentar tadi

l. Setelah selesai, anda boleh klik Save

m. Seterusnya, anda perlu pergi semula pada halaman Verify website tersebut dan klik pada butang Verify

n. Setelah anda menerima pop up seperti paparan dibawah, ia bermakna proses verify anda sudah berjaya.

Setelah selesai anda akan menerima notifikasi di akaun Instagram anda berkenaan proses verify yang sudah berjaya dan penetapan Instagram Shop anda juga sudah berjaya.

Last updated