Featured Category

Tutorial cara membuat tetapan untuk featured products bagi paparan di homepage

Featured products adalah satu fungsi di mana hanya produk yang ditetapkan sahaja yang akan dipaparkan pada homepage. Create Categories Langkah pertama adalah perlu membina categories terlebih dahulu. Log masuk ke dashboard Shoppegram pergi ke Products -> Categories

Jika telah wujud Featured category anda tidak perlu untuk Add category baru boleh skip langkah ini dan teruskan kepada langkah menambah produk. Klik butang Add category Masukkan perkataan Featured pada ruangan Name Pastikan ejaan adalah betul dan sama seperti di dalam gambar Klik butang Save

Kini Featured categories anda telah berjaya dicipta. Tambah produk ke dalam Featured Category Klik pada Featured category dan klik pada tab Category products seterusnya klik pada select product dan masukkan produk yang nak dipaparkan pada homepage.

Hanya perlu klik sahaja pada nama produk dan ianya akan automatik ditambah ke dalam category tersebut.

Jika nak susun aturan produk ini boleh klik pada butang anak panah disebelah butang delete dan alihkan di kedudukan yang ingin ditetapkan. Tetapkan Featured categories di Preferences Pergi pada Online store -> Preferences Pada ruangan Featured category pastikan pilihan Featured dibuat dengan klik pada category tersebut. Sekiranya Featured telah tersedia dan dipilih boleh terus skip langkah ini

Seterusnya klik butang Save Tetapan di Themes Pergi pada Online store -> Installed themes dan klik butang Customize yang berwarna biru Scroll pada Homepage Settings tab Masukkan perkataan featured pada ruangan Featured categories URL handle Pada ruangan Featured text label masukkan apa-apa perkataan yang melambangkan category yang ingin dipaparkan pada homepage.

Seterusnya klik butang Save Semak pada homepage anda dan paparan category yang telah ditetapkan tadi akan keluar.

‚Äč