Staff account

Tutorial cara menambah dan membuang akaun untuk Staff

Di dalam Shoppegram, pengguna boleh memberi akses kepada orang lain bagi menguruskan kedai online mereka iaitu dengan cara menambah akaun staff di dalam settings. Menambah akaun Log masuk ke dashboard dan pergi ke Settings -> Account dan klik butang Add staff

Isikan butiran pada ruangan yang telah disediakan dan klik butang Save Staff tersebut akan mendapat jemputan untuk menguruskan kedai anda di dalam bentuk email.

Klik butang Login to Dashboard dan terus akan dibawa ke login page

Masukkan email dan password yang telah diberikan seperti di dalam email tadi. Kini staff anda boleh menguruskan kedai anda dengan jayanya. Terus Maju!