Order Fulfillment

Tutorial bagaimana cara yang betul untuk membuat order fulfillment selepas sesuatu order masuk.

Jika anda pengguna Plan Basic dan Standard, anda boleh menghantar tracking number untuk orders pelanggan anda. Pelanggan anda akan mendapat makluman berkenaan order ini secara auto melalui email mereka.

Untuk memulakan penetapan ini, ada tiga (3) langkah penting yang perlu anda lakukan:

  1. Pastikan fungsi "Require email and phone number" pada Setting (Checkout) adalah ON

  2. Pastikan Shipping Carriers anda telah ditambah pada bahagian Setting (Shipping Carriers)

  3. Manual key-in Tracking Number customer tersebut pada bahagian Order

Langkah 1: Fungsi "Require email and phone number"

Masuk ke Dashboard Shoppegram anda kemudian klik pada Settings --> Checkout --> Email --> Turn ON " Require email and Phone Number"

Setting Checkout

Langkah 2: Tambah Shipping Carriers

Klik pada Settings --> Shipping Carriers --> Tekan Add Carrier --> Masukkan Nama Carrier (Contoh: Ninja Van, Pos Laju dsb)--> Masukkan Tracking URL--> Save

Add Carrier

Langkah 3: Maklumkan pelanggan

Penetapan ini dapat dilakukan setelah anda mendapat order dari pelanggan yang telah masuk kedalam website Shoppegram anda.

Pergi ke Bahagian My orders dan klik pada order Pelanggan tersebut.

Untuk membuat pentapan ini, anda perlu melakukan satu persatu pada setiap pelanggan dan order yang telah diterima.

Klik My Orders--> Awaiting Processing--> Tekan "Order" tersebut

Tambah tracking untuk notify kepada pelanggan

Klik More --> Add Tracking seperti dibawah:

Masuk kan Tracking Number dan pilih Carrier anda ---> Tekan Save

Masukkan Tracking Number dan Carrier

Setelah anda tekan Save, pelanggan anda akan secara automatik mendapat email pengesahan maklumat delivery berkenaan order mereka dan tracking number bagi order tersebut.

Anda boleh mengubah status order tadi dari "Awaiting processing" kepada "Completed"

Siap! Pelanggan anda telah dinotifikasikan melalui email secara auto.