Domain migration

Untuk penetapan domain migration anda dari server lama Shoppegram (172.104.38.145) kepada server baru Shoppegram (IP anda yang tersendiri) anda boleh rujuk tutorial dibawah :

Bahagian 1 : Dapatkan IP Address untuk A record

1. Anda boleh log in kedalam Dashboard Shoppegram

2. Klik pada Settings

3. Klik pada Custom domain

4. Klik pada Add existing domain

5. Nanti anda akan dapat lihat popup yang mempunyai IP Adress untuk A record anda beserta value yang anda perlu tetapkan untuk CNAME record anda.

Anda perlu simpan Value untuk A record dan CNAME record tersebut untuk anda masukkan didalam record domain anda didalam sistem domain provider nanti.

Bahagian 2 : Membuat penetapan didalam akaun domain provider

1. Anda perlu login kedalam akaun Domain provider anda dan masuk kepada bahagian DNS Manager dan edit DNS rekod supaya point kepada DNS Shoppegram yang baru dengan cara:-

a. Pada A record, anda boleh ganti value didalamnya dengan value IP anda yang tersendiri

b. Pada CNAME record, anda boleh ganti value didalamnya dengan value @

*Kedua-dua rekod ini adalah penting dan wajib dibuat. Jadi rekod yang telah anda buat sepatutnya kelihatan lebih kurang seperti gambar dibawah.

Sekiranya ingin menggunakan subdomain sendiri contohnya kedai.websitesaya.com hanya perlu tambahkan single A record dan point kepada IP address anda yang tersendiri tanpa perlu ada CNAME.

Info Tambahan

´╗┐Bagi memastikan DNS anda telah dipoint ke Shoppegram anda boleh Semak DNS anda Disini dan pastikan DNS yang terpapar ialah IP Address anda yang tersendiri

Bagi menyemak DNS anda:

1. Anda boleh klik Link ini : Semak DNS anda Disini (https://manytools.org/network/query-dns-records-online/)

2. Seterusnya anda perlu masukkan Domain anda(Contoh: blend.com.my) pada ruangan yang telah disediakan seperti gambar dibawah dan klik butang "Lookup!"

3. Setelah anda klik butang "Lookup!" anda akan dapat lihat result A Record anda seperti pada paparan dibawah.

Membuat tetapan semula di Shoppegram

Jadi apabila DNS sudah di point kan kepada Shoppegram. 1. Log in ke dashboard Shoppegram Settings -> Custom Domain klik pada Trash Icon

2. Kemudian anda boleh klik pada Add existing domain dan Masukkan nama domain anda tanpa www, dan klik butang Connect

Kini domain anda sudah dihubungkan dan perlu tunggu 24 - 72 jam untuk domain ini boleh berfungsi dengan menggunakan Custom domain anda.

Sekiranya Custom domain anda telah sedia dan boleh digunakan, paparan contoh seperti berikut akan keluar.

Perkataan Connected dan SSL activated akan menjadi hijau. Keadaan ini hanya akan berlaku jika segala tetapan yang telah dilakukan di atas adalah betul.