Securepay

Sign up Securepay

Klik di link ini https://securepay.my/apps/users/sign_up untuk mula daftar akaun Securepay anda. Bagi proses pendaftaran akaun Securepay anda perlu pastikan anda sudah mempunyai SSM dan akaun semasa.

Dapatkan kesemua key yang diperlukan dari akaun Securepay

Untuk menghubungkan Securepay dengan website Shoppegram, anda memerlukan beberapa key untuk proses pengesahan. Antara key yang diperlukan ialah UID, Authentication token dan Checksum token. Untuk memulakan proses penetapan payment gateway Secureway anda boleh ikut tutorial ini :

1. Log in ke akaun Securepay anda

2. Seterusnya pada bahagian Dashboard Securepay, anda boleh klik pada Tab < > API

3. Seterusnya anda akan dapat lihat API anda disitu anda boleh klik pada text Default tersebut

4. Setelah anda klik pada API default tersebut anda akan jumpa ketiga - tiga key yang anda perlukan untuk penetapan payment gateway Securepay anda.

5. Anda boleh simpan ketiga - tiga key tersebut untuk kegunaan di langkah seterusnya. Key yang anda perlu simpan ialah :

  • UID

  • Authentication token

  • Checksum token

Setup di Shoppegram

Untuk proses penetapan payment gateway Securepay di Shoppegram anda perlu aktifkan terlebih dahulu payment gateway tersebut dan masukkan ketiga - tiga key tersebut kedalam setting payment gateway anda. Untuk memulakan penetapan payment gateway tersebut, anda boleh ikut tutorial ini.

1. Login akaun Shoppegram anda.

2. Seterusnya anda boleh klik pada tab Settings.

3. Anda akan dibawa ke page Settings dan anda boleh klik pada button Payment options.

6. Pada bahagian page Payment options, anda boleh klik button Activate/Edit pada tab payment gateway Securepay.

7. Seterusnya, anda akan dibawa ke setting page untuk payment gateway Securepay.

8. Dengan menggunakan key yang anda sudah copy pada langkah mendapatkan key tersebut, anda boleh paste kesemua key tersebut pada ruangan mereka.

9. Setelah selesai anda boleh klik Save untuk simpan setting tersebut. Anda perlu pastikan anda tidak tick pada setting Test mode.

Contoh di Website

Setelah selesai proses penetapan tersebut, anda boleh cuba membuat pembelian di website Shoppegram anda untuk melihat hasilnya.

Info Tambahan

Jika anda ingin menggunakan payment gateway Securepay ini kepada 2 store yang berbeza. Anda boleh cipta 2 API key di dalam akaun Securepay anda dan tetapkan details API key tersebut kepada setting payment gateway store anda.

Untuk memulakan penetapan ini, anda boleh ikut tutorial ini :

1. Log in ke akaun Securepay anda

2. Klik pada < > API

3. Klik pada button New API Key

4. Pada bahagian Interface name anda boleh masukkan nama untuk API tersebut supaya senang untuk anda monitor data tersebut. Sebagai contoh anda ingin menggunakan API tersebut untuk monitor store gadget.myshoppegram.com, jadi anda boleh letak diruangan itu gadget.myshoppegram.com.

5. Setelah selesai anda boleh klik Save

6. Seterusnya, anda boleh klik pada API tersebut dan simpan details yang anda perlukan untuk membuat tetapan di Shoppegram pula.

‚Äč