Shinjiru

Tutorial tentang cara menetapkan Domain name menggunakan domain name provider Shinjiru dan Shoppegram.

Terdapat dua bahagian untuk setup ini: - Bahagian 1 : Domain name provider anda (Shinjiru) - Bahagian 2 : Setup di Shoppegram

Peringatan Pastikan domain anda sudah dibeli dan sudah boleh digunakan untuk setup. Jika anda membeli domain ".com", anda boleh terus ikut tutorial ini. Jika domain Malaysia seperti ".my, .com.my, .net.my" pastikan domain anda sudah aktif baru teruskan dengan tutorial ini.

Bahagian 1: Domain name provider anda (Shinjiru)

1. Log in ke dalam Shinjiru dan klik pada Domain > Manage DNS

2. Dalam page Manage DNS, klik butang DNS Record Sets

3. Pada page DNS Manager, kllik butang Add Set

4. Satu pop up akan keluar. Isikan bahagian “Name” dengan nama website anda sendiri tanpa ‘www’ dan klik untuk tandakan pada kotak “Default”. Seterusnya klik pada tab “Records”

5. Dalam tab Records, Klik butang “+”

6. Satu barisan borang-borang akan keluar. Pada borang “Name” dan “Address” isikan seperti gambar di bawah.

Wajib isi maklumat ini

Name: @

Address: 172.104.38.145

7. Kemudian klik arrow dropdown seperti gambar di bawah.

8. Pilih dan klik pada CNAME

Selepas klik CNAME, klik butang tambah “ + ” yang berwarna merah.

9. Satu lagi barisan borang akan keluar dibawah borang A selepas klik butang “ + “ .

10. Isikan maklumat sama seperti gambar dibawah.

Isikan maklumat berikut: Name : www Address : domain-ssl-shoppegram.com 11. Selepas pastikan semua maklumat sama seperti dalam gambar di langkah no.10. Klik butang Add

12. Page akan kembali seperti gambar di bawah. Klik butang “ <- “ pada sebelah perkataan DNS Manager

13. Pada page DNS Manager, klik butang Pen di sebelah butang tong sampah.

14. Selepas langkah 13, paparan seperti dibawah akan keluar. Pastikan maklumat A record dan CNAME yang diisi adalah sama seperti gambar.

15. Jika pada bahagian DNS Manager anda tidak keluar paparan seperti pada langkah 14. Anda perlu Delete semula DNS Zone yang anda sudah create sebentar tadi. Setelah selesai delete anda perlu Klik Add New Zone dan paparan seperti dibawah akan muncul pada skrin anda. Anda perlu follow setting seperti di paparan tersebut dan pada bahagian Select Record Set anda perlu pilih nama domain anda.

Proses untuk domain ready untuk di letak pada website anda mengambil masa lebih kurang 12 - 48 jam.

Info Tambahan

Bagi memastikan DNS anda telah dipoint ke Shoppegram 1. anda boleh Semak DNS anda Disini dan pastikan DNS yang terpapar ialah 172.104.38.145 . 2. Seterusnya anda perlu masukkan Domain anda(Contoh: blend.com.my) pada ruangan yang telah disediakan seperti gambar dibawah dan klik butang "Lookup!"

3. Setelah anda klik butang "Lookup!" anda akan dapat lihat result A Record anda seperti pada paparan dibawah.

Setelah domain anda sudah ready dipropagate. Terus masuk ke akaun Shoppegram anda dan sambung ke bahagian Setup di Shoppegram.

Bahagian 2 : Setup di Shoppegram

1. Log In ke dashboard Shoppegram > Settings dan klik Custom Domain

2. Di page Domains ini klik Add existing domain

3. Pop up Add existing domain akan keluar. Isikan nama website anda pada borang “custom Domain” dan klik butang connect.

Tidak perlu tambah “www” untuk domain name anda kerana banyak website-website besar seperti facebook dan lain-lain sudah tidak lagi menggunakan www pada domain name mereka

Selesai sudah proses tambah domain ke Shoppegram menggunakan Shinjiru.