Based on Zone/Poskod

Tutorial untuk menetapkan Shipping Zone Poskod bagi penghantaran khas.

Di dalam Shoppegram mempunyai fungsi berbentuk poskod yang anda boleh gunakan bagi membuat cara penghataran khas untuk kawasan tertentu di dalam bentuk poskod. Sebagai contoh anda mungkin mahu membuat COD di kawasan tertentu yang mana di dalam poskod tertentu sahaja. Ini boleh dilakukan dengan menambah Shipping Zone yang baru.

Setup Poskod

Log masuk ke Dashboard Shoppegram Settings -> Shipping dan klik butang Add Shipping Zones https://my.shoppegram.com/settings/shipping_zones/create Masukkan sebarang nama yang melambangkan Zone Name anda. Pilih negeri yang berkaitan. Akhir sekali, masukkan poskod kawasan yang anda mahu buat penghantaran khas bagi poskod tersebut. Jika ada banyak poskod, anda perlu meletakkan tanda , diantara poskod tersebut contohnya 47100,47190,47180 Klik butang Save

Kini zon anda telah berjaya dicipta dan klik butang Edit pada zon khas tersebut.

Setup Rates

Seterusnya klik pada tab Weight based rates Klik Add rate

Isikan maklumat penghantaran khas anda pada ruangan ini Pada bahagian Name ini kalau boleh isikan lebih detail sedikit, kerana maklumat ini akan dipaparkan semasa pelanggan membuat pilihan penghantaran nanti. Oleh kerana ini adalah penghantaran khas jadi anda perlu membuat satu kategori berat khas yang tidak bertindih dengan mana-mana shipping rate yang ada di dalam Zone yang lain. Masukkan harga yang anda mahukan dan sekiranya ini adalah COD tandakan pada kotak Cash on Delivery (COD). Sekiranya bukan, tidak perlu ditandakan biarkan ianya kosong. Klik butang Add

Contoh

Setting yang telah ditetapkan tadi adalah. Jika poskod yang diletakkan itu tersenarai di dalam pembelian oleh prospek maka akan keluar Zone COD IOI Mall Puchong sahaja.

Jika poskod yang dimasukkan tiada di dalam senarai, maka tiada pilihan untuk COD akan keluar.