Options

Tutorial cara menetapkan Product options untuk produk yang mempunyai banyak variasi

Product Options adalah bahagian untuk membuat variasi yang mempunyai sub-variasi. Contohnya satu design baju mempunyai pelbagai saiz dan setiap saiz mempunyai banyak jenis lengan. Lihat contoh di bawah

Size dan Sleeve Type merupakan Options, dan XS, S, Short, Long merupakan Variants di dalam Options.

Setup Options

Log masuk ke Dashboard Products -> All Products dan klik pada nama produk anda

Klik pada tab Options dan Add Option Masukkan option anda contohnya dalam kes baju ada option Size. dan klik butang Add

Paparan akan keluar seperti berikut. Ini bermaksud option pertama anda telah berjaya dicipta. Seterusnya klik butang Add option lagi untuk menambah option Sleeve

Dan apabila selesai menambah option yang kedua, paparan seperti berikut akan keluar. Ini bermaksud anda telah berjaya mencipta dua option untuk 1 jenis produk anda.

Seterusnya pergi pada tab Variants Akan terbit kotak option untuk Size dan Sleeve Type yang baru diciptakan tadi untuk dimasukkan variant di dalam options tersebut. Contohnya size baju XS ada dua jenis lengan iaitu Long dan Short. Jadi masukkan untuk setiap satu saiz itu dengan dua variant tersebut contoh seperti gambar dibawah. Ini untuk saiz XS , Long Klik butang Save

Seterusnya klik butang Add variant dan masukkan untuk saiz XS, Short. Contoh seperti gambar dibawah. Klik butang Save

Kini anda telah berjaya mencipta variant di dalam option. Ulang proses add variant ini untuk Saiz S, M dan L.

Setelah siap maka paparan di variants akan jadi seperti ini.

Paparan di product page akan jadi seperti ini

Kini anda telah berjaya mencipta product options untuk produk anda.