Product metafield

Metafield adalah secebis code yang mudah untuk menampilkan data yang boleh digunakan pada products dan juga pages. Perbincangan untuk Metafields adalah panjang, untuk tutorial ini adalah lebih kepada built in Metafield yang telah ditanamkan pada theme Solaris dan juga theme Hartamas. Lihat contoh untuk built in Metafield untuk custom label Lihat lebel "Fast Selling" berwarna oren tersebut merepakan built in custom label yang boleh digunakan pada kedai online masing-masing.

Log masuk ke dashboard Shoppegram dan klik pada Metafield

Klik pada Products Pilih nama produk yang anda ingin paparkan custom label dan klik pada nama produk tersebut.

Seterusnya klik butang Add Metafield

Isikan maklumat pada ruangan Key dan Namespace sama seperti gambar di bawah, iaitu -custom pada kotak Key -label pada kotak Namespace -Value type biarkan String -Ruangan value ini letakkan perkataan yang hendak anda paparkan pada label di produk anda. Sebagai contoh Baru Sampai Seterusnya klik butang Save

Kembali pada store front anda dan lihat hasilnya pada homepage, sebuah label Baru Sampai akan terpapar pada produk yang anda telah tetapkan.

Custom label ini boleh digunakan untuk semua produk. Selamat mencuba!