Menus

Menus adalah sebuah elemen penting untuk memudahkan pelawat-pelawat mendapatkan maklumat tentang website ecommerce dengan Shoppegram. Secara asasnya Shoppegram sudah bekalkan 2 Menu yang tertanam di dalam setiap Themes iaitu:- 1. Main menu. 2. Footer menu.

Namun secara default sekiranya pertama kali baru mendaftar, hanya Main Menu sahaja yang telah ditetapkan kepada pengguna.

Main Menu Main Menu adalah menu yang berada di bahagian paling atas di dalam website. Rujuk gambar di bawah:- Theme Solaris

Theme Hartamas

Footer Menu Theme Hartamas

Theme Solaris

Home, Products, Tentang Kami adalah merupakan Menu item yang berada di dalam Main Menu. New Arrival, Fast Selling adalah merupakan Menu Item yang berada di dalam Footer Menu. Menu item Menu item adalah komponen yang akan dimasukkan ke dalam Main Menu atau Footer Menu untuk membolehkan link tersebut di klik dan navigasi ke destinasi yang telah ditetapkan. Menu item hanya boleh dinavigasi kepada Pages dan Categories sahaja. Ini bermaksud, apabila menu item tersebut di klik, ianya akan dibawa kepada pages atau categories yang telah ditetapkan sahaja.