Soalan Lazim

Dapatkan jawapan untuk soalan umum mengenai Pakej Langganan dan harga Shoppegram

Topik dalam bahagian ini:

Bagaimana untuk membatalkan pendaftaran semasa Free Trial?

Sekiranya anda tidak memilih Pakej Langganan semasa percubaan percuma anda, maka akaun anda akan dibekukan pada akhir Free Trial 14 hari anda. Anda tidak akan dikenakan sebarang bayaran semasa Free Trial anda tamat. Sekiranya anda memilih mana-mana Plan Langganan sebelum berakhirnya Free Trial, Plan anda akan bertukar secara automatik mengikut Plan yang anda langgan.

Sekiranya saya ingin melanggan untuk Basic & selepas 2 ke 3 bulan saya ingin ubah jenis langganan kepada Standard. Adakah saya perlu membayar full amount untuk langganan baru?

Untuk proses upgrade plan dari plan Basic ke plan yang lain, boleh pergi ke Store Plan. Di page tersebut, anda boleh pilih plan yang anda ingin upgrade. Anda akan dicaj harga prorate secara harian kami dimana sistem kami akan auto calculate caj prorate yang akan dikenakan kepada anda.

Langganan Shoppegram ni bulanan ke tahunan?

Semua Pakej Langganan Shoppegram adalah tahunan dan buat masa sekarang kami hanya ada langganan bulanan untuk plan Ultimate sahaja.

Kalau saya langgan Pakej Shoppegram, saya dapat pakej sekali dengan nama domain?

Minta maaf tuan/puan, pihak Shoppegram hanya sediakan sub-domain percuma sahaja seperti https://kedaianda.myshoppegram.com Untuk domain tersebut, anda perlu beli melalui mana-mana domain provider seperti Namecheap, Godaddy, Shinjiru dan lain-lain.

Bolehkah saya guna domain yang sedia ada untuk mula buat website di Shoppegram atau saya kena register yang baru?

Kalau tuan/puan ingin guna domain yang sedia ada, boleh sahaja tidak ada masalah. Nanti tuan/puan pointkan sahaja ke Shoppegram. Tetapi hanya pakej Standard dan ke atas sahaja yang support features custom domain ini.

Boleh saya tahu harga nama custom domain ini berapa ya?

Minta maaf tuan/puan, harga untuk nama domain, ianya bergantung pada nama yang tuan/puan pilih.

Untuk maklumat lebih lanjut berkenaan nama domain itu, tuan/puan boleh contact domain provider itu sendiri.

Boleh saya tahu sekiranya saya sudah langgan plan Shoppegram bolehkah saya cancel?

Anda hanya boleh cancel langganan plan anda untuk bulan yang seterusnya sahaja. Pastikan anda klik Cancel subscription tersebut sebelum anda di caj untuk langganan bulan seterusnya.

Sekiranya saya ingin tamatkan langganan saya, bolehkah saya dapatkan refund semula?

Anda tidak boleh dapatkan refund untuk langganan plan Shoppegram anda. Untuk maklumat lanjut, anda boleh rujuk pada polisi bayaran balik kami melalui link ini : https://shoppegram.com/legal/refund/