Bulk Fulfillment

Kenali fungsi Bulk Fulfillment dan cara menggunakannya dalam pengurusan order anda

Apa itu Bulk Fulfillment?

Jika anda Pengguna Premium, anda boleh menggunakan fungsi Bulk Fulfillment ini untuk menguruskan order dengan lebih mudah, cepat dan pantas.

  1. Bulk Fulfill membantu anda untuk mengemaskini pengurusan order anda dengan hanya beberapa klik

  2. Bulk Fulfill membolehkan anda meng"export" order anda ke CSV File (Excel Format) secara dinamik mengikut kesesuaian dan kehendak anda

  3. Bulk Fulfill membantu anda mengubah status order anda dengan sekali klik tanpa perlu membuat proses tersebut satu per satu

Feature Bulk Fulfillment

Ubah Status Order dengan Bulk Fulfillment

Anda boleh mengubah status order menggunakan fungsi Bulk Fullfill dengan sekaligus. Anda hanya perlu tick atau pilih order tersebut kemudian ubah status order tersebut.

Antara status fulfillment yang dapat diubah adalah seperti dibawah:

  1. Ubah kepada Awaiting Processing

  2. Ubah kepada Processing

  3. Ubah kepada Ready for Pickup

  4. Ubah kepada Completed

Cara untuk mengubah Status Fulfillment kepada Completed

  1. Dashboard Shoppegram --> My Orders --> All

  2. Tick pada order yang ingin anda ubah status fulfillmentnya. Kemudian Tekan pada Fullfillment Status dan pilih "Change status to Completed"

Change status to Completed

‚Äč