Twilio

Untuk penetapan SMS Notification menggunakan sistem Twilio anda boleh ikut langkah yang telah disediakan ini.

Sebelum memulakan penetapan ini, anda perlu pastikan anda sudah daftar akaun Twilio dan membuat penetapan SMS message yang anda ingin hantar kepada pelanggan anda.

Pengumpulan maklumat Twilio

1. Login ke akaun Twilio anda

2. Di dashboard Twilio anda perlu dapatkan maklumat :

  • Account SID

  • Auth token

  • Twilio number ( Jika anda tidak mempunyai maklumat ini, anda boleh dapatkan twilio number ini dengan klik pada button Get number )

** Ketiga - tiga maklumat tersebut anda perlu simpan untuk kegunaan pada langkah seterusnya.

Penetapan di Shoppegram

1. Login ke akaun Shoppegram

2. Klik pada tab Settings

3. Klik pada tab SMS providers

4. Klik button Activate pada tab Twilio

5. Masukkan ketiga - tiga maklumat yang anda sudah copy tersebut pada ruangan yang telah disediakan. ( Untuk ruangan Prefix anda boleh biarkan ia kosong ) . Anda juga perlu pastikan anda sudah klik Enable Twilio ( Pastikan ia bewarna biru ).

6. Setelah selesai anda boleh klik Save.

Setelah selesai anda boleh cuba membuat pembelian di website anda dan lihat hasilnya sendiri.