SMS Notification

Di Shoppegram, anda boleh integratekan website anda dengan sistem SMS Notification seperti Twilio dan Klasik SMS. Sebelum memulakan penetapan berikut, anda perlu membuat penetapan notification SMS message yang akan dihantar terlebih dahulu.

**Features ini hanya available untuk plan Premium sahaja.

Info tambahan

Untuk pengguna yang sudah lama menggunakan sistem Shoppegram anda perlu klik membuat tetapan Restore to default terlebih dahulu untuk menggunakan fungsi ini.

Pada page Order Confirmation -> SMS, anda boleh klik button More -> Restore to default

Penetapan di Shoppegram

1. Log in ke akaun Shoppegram anda.

2. Klik pada tab Settings

3. Klik pada tab Notifications

4. Klik button Edit pada tab Order Confirmation

5. Klik pada tab SMS

6. Pada ruangan Content, anda boleh masukkan text/message yang anda ingin dihantar kepada customer setelah mereka membuat pembayaran diwebsite anda.

7. Setelah selesai anda boleh klik Save

8. Anda perlu pastikan Order Confirmation tersebut berada dalam keadaan Enable. ( Pastikan ia bewarna biru )

Setelah selesai, anda boleh membuat penetapan sistem SMS notification yang anda pilih.