Shoppegram
Search…
Billplz

Sign up Billplz

Klik di link ini https://www.plzlogin.com/users/sign_up untuk mula daftar akaun Billplz anda. Bagi proses pendaftaran akaun Billplz anda perlu pastikan anda sudah mempunyai SSM dan akaun semasa.

Dapatkan kesemua key yang diperlukan dari akaun Securepay

Untuk menghubungkan Billplz dengan website Shoppegram, anda memerlukan beberapa key untuk proses pengesahan. Antara key yang diperlukan ialah Collection ID, Secret Key dan X Signature. Untuk memulakan proses penetapan payment gateway Billplz anda boleh ikut tutorial ini :
1. Log in ke akaun Billplz/Plzlogin anda

Dapatkan Collection ID

1. Pada bahagian Dashboard Billplz, anda boleh klik pada Billing
2. Di page Billing, anda boleh klik pada button Create Collection
3. Setelah anda klik button tersebut, anda akan diminta untuk isi ruangan Collection title(Nama yang anda ingin gunakan sebagai reference untuk payment yang masuk pada billing anda). Setelah selesai anda boleh tick pada I understand how reload credit works as stated below dan klik Submit
4. Setelah selesai anda akan dapat lihat Collection yang anda baru cipta sebentar tadi. Anda boleh klik pada button Copy untuk copy Collection ID tersebut dan simpan terlebih dahulu atau anda boleh sahaja terus masukkan didalam Shoppegram dengan rujuk tutorial Setup di Shoppegram dibawah.

Dapatkan Secret key

1.Pada bahagian Dashboard Billplz, anda boleh klik pada icon anak panah bawah dan klik Settings
2. Seterusnya anda akan dibawa ke page Settings, anda boleh klik pada BILLPLZ SECRET KEY
3. Setelah anda klik pada tab BILLPLZ SECRET KEY tersebut, anda akan dapat lihat API key anda untuk anda masukkan didalam sistem Shoppegram. Anda boleh klik button Copy Billplz key tersebut dan simpan terlebih dahulu atau anda boleh sahaja terus masukkan didalam Shoppegram dengan rujuk tutorial Setup di Shoppegram dibawah.

Dapatkan X Signature

1.Pada bahagian Dashboard Billplz, anda boleh klik pada icon anak panah bawah dan klik Settings
2. Seterusnya anda akan dibawa ke page Settings, anda boleh klik pada XSIGNATURE PAYMENT
3. Setelah anda klik pada tab XSIGNATURE PAYMENT tersebut, anda akan dapat lihat XSignature key anda untuk anda masukkan didalam sistem Shoppegram. Anda boleh klik button Save & Copy XSignature Key tersebut dan simpan terlebih dahulu atau anda boleh sahaja terus masukkan didalam Shoppegram dengan rujuk tutorial Setup di Shoppegram dibawah. **Pastikan penetapan XSignature anda sama seperti paparan dibawah untuk memastikan tiada sebarang isu berlaku semasa penetapan anda. Pastikan anda tick pada Enable XSignature Payment Completion sahaja
Anda boleh simpan ketiga - tiga key tersebut untuk kegunaan di langkah seterusnya. Key yang anda perlu simpan ialah :
    Collection ID
    Secret key
    X Signature

Setup di Shoppegram

Untuk proses penetapan payment gateway Billplz di Shoppegram anda perlu aktifkan terlebih dahulu payment gateway tersebut dan masukkan ketiga - tiga key tersebut kedalam setting payment gateway anda. Untuk memulakan penetapan payment gateway tersebut, anda boleh ikut tutorial ini.
1. Login akaun Shoppegram anda.
2. Seterusnya anda boleh klik pada tab Settings.
3. Anda akan dibawa ke page Settings dan anda boleh klik pada button Payment options.
6. Pada bahagian page Payment options, anda boleh klik button Activate/Edit pada tab payment gateway Billplz.
7. Seterusnya, anda akan dibawa ke setting page untuk payment gateway Billplz.
8. Dengan menggunakan key yang anda sudah copy pada langkah mendapatkan key tersebut, anda boleh paste kesemua key tersebut pada ruangan mereka.
9. Setelah selesai anda boleh klik Save untuk simpan setting tersebut. Anda perlu pastikan anda tidak tick pada setting Test mode.

Contoh di Website

Setelah selesai proses penetapan tersebut, anda boleh cuba membuat pembelian di website Shoppegram anda untuk melihat hasilnya.
Last modified 2mo ago