Google Search Console

Tutorial cara membuat tetapan untuk Google Search Console untuk SEO

Untuk membenarkan website kita mendapat ranking di dalam enjin carian google, website kita perlu di submit kepada Google supaya mereka tahu tentang kewujudan website kita. Terdapat pelbagai cara untuk lakukan perkara ini antaranya ialah:-

  1. Menggunakan HTML tag di

  2. Menggunakan Google Tag Manager

  3. Menggunakan Google Analytic

  4. Menggunakan DNS

Cara yang paling mudah dan pantas adalah dengan menggunakan HTML tag kerana hanya perlu copy paste sahaja. Pastikan anda log masuk ke gmail akaun anda terlebih dahulu untuk menggunakan Search Console. Cara terbaik adalah menggunakan browser Google Chrome kerana semua telah automatik log in.

Cara 1: Menggunakan HTML tag

Pergi ke link berikut https://search.google.com/search-console/welcome

Paparan akan keluar seperti di atas. Jika anda menggunakan domain sendiri masukkan nama domain anda di tab Domain dan jika anda menggunakan subdomain dari Shoppegram contohnya kedaisaya.myshoppegram.com boleh masukkan pada sebelah kanan tab iaitu di bahagian URL prefix. Dalam contoh ini akan menggunakan URL prefix. Pastikan terdapat https:// dan diikuti dengan domain atau subdomain anda.

Klik butang CONTINUE

Klik pada HTML tag

Klik butang COPY. Jangan tutup Google Search Console ini. Buka tab baru untuk log masuk ke dashboard Shoppegram anda.

Penetapan code tersebut di Shoppegram

Log masuk ke dashboard Shoppegram anda pergi pada Online Store dan klik pada Customize.

Pada bahagian page tersebut , anda boleh pergi ke bahagian Other settings dan pastekan code yang anda baru copy diruangan Custom meta.

Seterusnya klik butang Save

Setelah selesai anda perlu pergi semula pada Google Search Console tadi

Klik butang Verify

Pastikan keluar paparan seperti gambar diatas menyatakan Ownership verified. Klik butang Done Kini website anda telah berjaya di submit ke google Search console untuk mendapatkan ranking di enjin carian Google. Semak Status Submission Klik pada perkataan Search property Akan keluar paparan seperti dibawah

Klik pada nama domain yang telah anda submit tadi. Pada ruangan search bar di bahagian atas masukkan nama URL anda dengan https:// Tekan butang ENTER pada keyboard anda