Facebook Pixel

Tutorial untuk konfigurasi Facebook Pixel bagi digunakan di Shoppegram

Shoppegram telah memudahkan urusan untuk pengguna setup Facebook pixel dengan hanya perlu copy ID dan paste ke dalam Preferences Shoppegram sahaja. Sangat mudah! Tidak perlu untuk copy coding dan paste pada bahagian programming semua.

Apa itu Facebook Pixel?

Facebook Pixel adalah sebuah mekanisma tracking atau dalam Bahasa Melayu disebut sebagai Mekanisma penjejak untuk menjejaki siapakah pelawat yang masuk ke website anda.

Satu cara yang paling terbaik untuk setup facebook pixel adalah dengan menggunakan Facebook Business. Jadi anda perlu daftar Facebook Business Manager untuk setup Pixel.

Klik link ini untuk ke Facebook Business Manager https://business.facebook.com/

Klik pada Cipta Akaun (Create Account) untuk mendaftar

Untuk ini anda perlu log in masuk ke akaun Facebook peribadi anda dengan memasukkan maklumat yang diperlukan beserta dengan Kata Laluan anda.

Isikan maklumat yang diminta beserta email untuk pendaftaran dan terus klik butang NEXT

Isikan maklumat mengenai alamat perniagaan anda dan pada ruangan website tersebut anda boleh isikan nama website shoppegram anda contoh seperti yang tertera pada gambar di atas dan seterusnya klik butang Submit.

Nama website adalah bebas. Anda juga boleh menggunakan nama website custom domain anda yang telah di setting terhadap Shoppegram contoh seperti blend.com.my

Seterusnya Klik butang Done.

Klik butang Done

Satu email telah di hantar pada alamat email yang telah anda masukkan tadi dan Anda perlu mengesahkan email tersebut. Sila log in ke email anda dan klik Confirm

Selepas pengesahan email telah berhaya dibuat anda akan automatik masuk ke dalam akaun Business Manager

Sekarang anda sudah mempunyai Business Account bersama Facebook. Walaupun sebelum ini anda telah mempunyai berapa banyak page sekalipun atau akaun FB ads namun FB Business Manager tidak akan link kan Page dan Akaun Ads anda secara automatik.

Anda perlu link kan page dan akaun ads yang berkaitan terhadap FB Business manager ini.

Walau apa pun paparan yang keluar, pastikan anda tekan pada butang Hamburger Menu yang ada 3 baris di sebelah penjuru kiri atas.

Klik pada butang "Business Settings"

Mencipta Ad Account

Seterusnya Klik pada "Ad Account" di sebelah kiri panel.

Klik pada butang Add yang berada di tengah page.

Akan terpapar 3 pilihan seperti di dalam gambar di atas.

Pilihan Add an Ad Account: Sekiranya FB personal anda sudah mempunyai Akaun Ads anda boleh gunakan pilihan ini untuk pindahkan dari akaun personal masuk ke Business Account ni.

Pilihan Request to an Ad Account: Gunakan pilihan ini sekiranya anda menguruskan iklan bagi pihak orang lain.

Pilihan Create a New Ad Account: Pilihan ini adalah bagi mereka yang baru nak buat iklan atau tak mahu ada kaitan dengan akaun ads yang sebelum ini.

Untuk tutorial ini, pilihan Create a New Ad Account akan dibuat bagi memudahkan semua peringkat dapat belajar dan ikuti tutorial.

Klik Create a New Ad Account

Masukkan Maklumat dan pilih currency MYR - Malaysian Ringgit untuk pastikan akaun iklan anda sentiasa menggunakan nilai mata wang Ringgit Malaysia dan terus klik butang Next.

Tandakan pada My Business dan klik Create.

Seterusnya anda akan dibawa kepada bahagian Assign. Bahagian ini adalah untuk mengagihkan kuasa bagi Ad Akaun yang telah dibina sebentar tadi.

Rujuk gambar dibawah

Pastikan anda tandakan pada Nama di sebelah panel kiri dan juga tandakan pada Manage Ad Account untuk berikan kuasa mutlak pada diri anda sendiri.

Dan klik butang Assign.

Mencipta Pixel

Di panel kiri tadi klik pada Data Sources dan klik pada Pixels.

Seterusnya klik butang Add

Boleh masukkan URL link website anda di sini atau pun biarkan kosong dan terus tekan Continue.

Kini Pixel anda telah berjaya dicipta tetapi belum lagi dapat digunakan.

Klik pada Set up the Pixel Now

Klik butang X atau Cancel.

Setelah itu kini Pixel anda telah berjaya disiapkan dan akan terpapar seperti gambar di bawah

Di bawah nama Pixel akan terbit satu Pixel ID berbentuk nombor.

Klik pada nombor tersebut dan secara automatik akan di copy.

Log masuk ke Dashboard Shoppegram anda dan klik pada Preferences

https://my.shoppegram.com/preferences

Isikan ruang Facebook Pixel dengan ID yang anda telah copy tadi.

Pixel anda telah pun berjaya di setup dalam Shoppegram.

Testing Pixel

Untuk testing, boleh ke Event Manager > Data Testing > Details di Facebook Ads Manager / Business Manager

Klik details, dan pergi ke menu Test Events. Masukkan URL website anda. Dan boleh cuba view product, add to cart, checkout dan sebagainya. Jika ada data yang diaktifkan, bermakna Pixel anda telah pun di install dengan betul.