Facebook Catalogue

Tutorial cara setup Facebook ads untuk product catalog bagi pengiklanan

Apa itu Product Catalog Ads yang biasa digunakan oleh syarikat-syarikat besar bagi mempromosikan perniagaan yang mempunyai lebih dari 1 produk?

Gambar di atas menunjukkan produk catalog yang automatik dijana oleh Facebook untuk Ecommerce secara dinamik untuk tatapan pengguna. Di Shoppegram sudah lama tersedia kelebihan ini bagi digunakan oleh semua pengguna untuk mendapatkan hasil yang lebih mantap dan profesional terhadap branding perniagaan anda.

Setup Product Catalog di Catalog Manager

Log masuk ke akaun Facebook Business Manager anda dan klik Business Settings di penjuru atas kiri dan klik pada Catalog Manager

Seterusnya klik pada butang Create Catalog

Klik pada pilihan Ecommerce dan klik butang Next

Selepas itu klik pada kotak Upload Product Info dan klik butang Create

Klik butang View Catalog

Selepas itu anda akan dibawa ke page catalog anda untuk digunakan bagi menambah produk di dalam catalog yang baru dicipta sebentar tadi. Klik pada tab Product Data Sources

Seterusnya klik pada Add Products

Klik pada Use Bulk Upload dan klik butang Next

Klik pada pilihan Schedule Feed dan tekan butang Next

Pada ruangan Enter URL masukkan nama domain anda dan diikuti dengan /products.rss rujuk gambar dibawah. Contoh untuk siapa yang tiada domain name : https://kedaisaya.myshoppegram.com/products.rss Tinggalkan ruangan Username dan Password tanpa perlu isi sebarang maklumat Seterusnya klik butang Next

Untuk bahagian Schedule Updates ini pula anda boleh piliih hourly, Daily dan Weekly bagi membenarkan Facebook mendapatkan data produk baru secara automatik terhadap produk anda. Tips: pilih hourly jika website anda mempunyai pertambahan dan pertukaran produk yang kerap untuk sepanjang tahun. Kebiasaanya pilihan hourly ini lebih sesuai untuk marketplace seperti Lazada. Jika tidak, memadai hanya dengan memilih Daily sahaja. Seterusnya klik butang Next

Setelah itu, isikan apa-apa maklumat tentang nama perniagaan anda dan pilih currency MYR. klik butang Upload

Proses Upload mungkin memakan masa beberapa ketika bergantung kepada bilangan produk anda. Semakin banyak produk, semakin lama masa diambil untuk mengupload produk. Pastikan bada ruangan result timbul tanda bewarna Hijau dan semak pilangan produk anda dengan bilangan result yang telah berjaya diupload. Sekiranya tidak sama, anda boleh membuat perubahan pada produk anda berdasarkan mesej dan masalah yang dinyatakan.

Sekarang catalog anda sudah berjaya disiapkan. Klik pada tab dan lihat product anda kini telah berjaya dimasukkan ke dalam catalog Facebook.

Kini anda boleh gunakan product catalog ini untuk membuat iklan di Facebook Ads Manager. Selamat mencuba!