Introduction

Setiap kedai di dalam Shoppegram akan dapat free subdomain yang berbentuk https://kedaianda.myshoppegram.com. Namun begitu sekiranya pengguna ingin menggunakan custom domain mereka sendiri juga dibenarkan oleh Shoppegram dengan hanya perlu setup DNS pada A record dan juga CNAME dari domain provider kepada maklumat DNS Shoppegram.

Dapatkan Custom Domain

Untuk menggunakan custom domain sendiri boleh dapatkan dari mana-mana Domain Name provider mengikut keselesaan masing-masing antaranya adalah di shinjiru.com.my, exabytes.my, namecheap.com.

Untuk domain .com biasanya selepas pembelian ianya akan serta merta boleh digunakan bagi setting DNS. Tetapi untuk domain Malaysia contohnya seperti .my, .com.my. .net.my perlu tunggu sekurang-kurangnya 72jam waktu bekerja sebelum boleh digunakan.

Setelah domain tersedia masuk kepada bahagian DNS Manager dan edit DNS rekod supaya point kepada DNS shoppegram dengan cara:-

  1. Bina satu A record untuk @ dan point kepada 172.104.38.145

  2. Bina satu CNAME record untuk www dan point kepada domains-ssl.shoppegram.com

*Kedua-dua rekod ini adalah penting dan wajib dibuat. Jadi rekod yang telah anda buat sepatutnya kelihatan lebih kurang seperti gambar dibawah.

Sekiranya ingin menggunakan subdomain sendiri contohnya kedai.websitesaya.com hanya perlu tambahkan single A record dan point kepada 172.104.38.145 tanpa perlu ada CNAME.

Setup Custom Domain di Shoppegram

Jadi apabila DNS sudah di point kan kepada Shoppegram. Log in ke dashboard Shoppegram Settings -> Custom Domain klik pada Add existing domain

Masukkan nama domain anda tanpa www, dan klik butang Connect

Kini domain anda sudah dihubungkan dan perlu tunggu 24 - 72 jam untuk domain ini boleh berfungsi dengan menggunakan Custom domain anda.

Sekiranya Custom domain anda telah sedia dan boleh digunakan, paparan contoh seperti berikut akan keluar.

Perkataan Connected dan SSL activated akan menjadi hijau. Keadaan ini hanya akan berlaku jika segala tetapan yang telah dilakukan di atas adalah betul.

Automatik SSL

Di dalam Shoppegram, untuk setiap custom domain juga akan diberikan SSL secara automatik tanpa perlu membeli di domain provider. Cukup sekadar membeli domain biasa sahaja dan Shoppegram bekalkan SSL certificate untuk setiap domain.

Bila SSL telah berjaya dimasukkan kepada Custom domain anda , protokol HTTP akan bertukar kepada HTTPs secara automatik.

'S' bermaksud 'secure' iaitu selamat, dan kini akan terbit satu ikon 'padlock' pada browser yang menunjukkan website anda adalah selamat kepada semua pembeli. seperti di dalam gambar

Info Tambahan

´╗┐Bagi memastikan DNS anda telah dipoint ke Shoppegram anda boleh Semak DNS anda Disini dan pastikan DNS yang terpapar ialah 172.104.38.145 .

Bagi menyemak DNS anda:

1. Anda boleh klik Link ini : Semak DNS anda Disini (https://manytools.org/network/query-dns-records-online/)

2. Seterusnya anda perlu masukkan Domain anda(Contoh: blend.com.my) pada ruangan yang telah disediakan seperti gambar dibawah dan klik butang "Lookup!"

3. Setelah anda klik butang "Lookup!" anda akan dapat lihat result A Record anda seperti pada paparan dibawah.