CPanel

Terdapat dua bahagian untuk setup ini: - Bahagian 1 : Dapatkan IP Address untuk A record - Bahagian 2 : Penetapan di CPanel - Bahagian 3 : Setup di Shoppegram Peringatan Pastikan domain anda sudah dibeli dan sudah boleh digunakan untuk setup. Jika anda membeli domain ".com", anda boleh terus ikut tutorial ini. Jika domain Malaysia seperti ".my, .com.my, .net.my" pastikan domain anda sudah aktif baru teruskan dengan tutorial ini.

Bahagian 1 : Dapatkan IP Address untuk A record

1. Anda boleh log in kedalam Dashboard Shoppegram

2. Klik pada Settings

3. Klik pada Custom domain

4. Klik pada Add existing domain

5. Nanti anda akan dapat lihat popup yang mempunyai IP Adress untuk A record anda beserta value yang anda perlu tetapkan untuk CNAME record anda.

Anda perlu simpan Value untuk A record dan CNAME record tersebut untuk anda masukkan didalam record domain anda didalam sistem domain provider nanti.

Bahagian 2 : Penetapan di CPanel

1. Log in pada akaun CPanel anda.

2. Pada Dashboard CPanel, anda boleh klik pada bahagian Zone Editor

3. Seterusnya, untuk masukkan A record anda boleh klik pada button +A RECORD

4. Setelah anda klik pada button tersebut anda boleh masukkan yang diminta. Name: (Anda boleh letak nama domain anda. Sebagai contoh : blend.com.my) Value: IP Address yang anda dapatkan pada Bahagian 1

5. Setelah anda masukkan maklumat tersebut, anda boleh klik pada button ADD AN A RECORD

6. Seterusnya untuk masukkan CNAME record, anda boleh klik pada button +CNAME RECORD

7. Setelah anda klik pada button tersebut anda boleh masukkan maklumat yang diminta. Name: (Anda boleh letak nama domain anda beserta dengan www. Sebagai contoh : www.blend.com.my) Value: @ atau nama domain anda

8. Setelah anda masukkan maklumat tersebut, anda boleh klik pada button ADD AN CNAME RECORD

Domain anda akan mengambil masa 24-48 jam untuk propagate.

Info Tambahan

Bagi memastikan DNS anda telah dipoint ke Shoppegram 1. anda boleh Semak DNS anda Disini dan pastikan DNS yang terpapar ialah IP Address anda yang tersendiri 2. Seterusnya anda perlu masukkan Domain anda(Contoh: blend.com.my) pada ruangan yang telah disediakan seperti gambar dibawah dan klik butang "Lookup!"

3. Setelah anda klik butang "Lookup!" anda akan dapat lihat result A Record anda seperti pada paparan dibawah.

Setelah domain anda sudah ready dipropagate. Terus masuk ke akaun Shoppegram anda dan sambung ke bahagian Setup di Shoppegram.

Bahagian 3 : Setup di Shoppegram

1. Log In ke dashboard Shoppegram > Settings dan klik Custom Domain

2. Di page Domains ini klik Add existing domain

3. Pop up Add existing domain akan keluar. Isikan nama website anda pada borang “custom Domain” dan klik butang connect.

Tidak perlu tambah “www” untuk domain name anda kerana banyak website-website besar seperti facebook dan lain-lain sudah tidak lagi menggunakan www pada domain name mereka